| shaft mining | perlombongan syaf | Geografi | Tiada | Sistem perlombongan yang melibatkan penggerudian alur bawah tanah. |
| open cast mining | perlombongan dedah | Geografi | Tiada | Perihal perlombongan permukaan yang dijalankan di dalam sebuah lombong dedah termasuk peletupan, pengorekan, pemecahan dan pengeluaran batuan bermineral. |
| open pit mining | perlombongan lubang terbuka | Kejuruteraan | Tiada | Teknik perlombongan permukaan yang melibatkan lubang besar dan dalam serta menyebabkan pengelodakan air dan hakisan. |
| mining population | penduduk perlombongan | Geografi | Tiada | Penduduk sebuah kawasan yang secara langsung terlibat dengan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut. |
| mining law | undang-undang perlombongan | Kejuruteraan | Tiada | Undang-undang yang bersangkutan dengan kerja-kerja perlombongan. |
| launder (mining) | salur (perlombongan) | Kejuruteraan | Tiada | Saluran atau paluh yang condong untuk penghantaran cecair, seperti air dalam kerja perlombongan atau pembinaan, atau untuk logam lebur. |
| data mining | perlombongan data | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Pencarian dan pengumpulan data dari pangkalan data secara in siliko berbantukan komputer. Perlombongan data bertujuan untuk meramal maklumat, seperti hubung kait antara struktur dengan fungsi sesuatu protein. Contoh pangkalan data ialah bank gen di Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan, Amerika Syarikat dan Ensiklopedia Gen dan Genom Kyoto (KEGG). |
| data mining algorithm | algoritma perlombongan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Algoritma yang berfungsi untuk mengeluarkan pola terlindung daripada data. Memandangkan arah aliran jumlah data yang bertambah dua kali ganda pada setiap tiga tahun, maka semakin banyak data yang akan dikumpulkan. Oleh itu, perlombongan data menjadi semakin penting untuk menukar data kepada maklumat. Algoritma ini biasanya digunakan secara meluas dalam amalan pemprofilan seperti pemasaran, pengesanan penipuan dan penemuan saintifik. Perlombongan data boleh diaplikasikan terhadap set data dalam sebarang saiz. |
| anthroposols | antroposol | Pertanian | Agroteknologi | Tanah yang terhasil melalui aktiviti manusia seperti perlombongan. Kebanyakan antroposol yang terbentuk akibat aktiviti perlombongan bijih timah, terdiri daripada tanah pasir. Tanah ini boleh dibaiki dengan menambah bahan organik seperti najis haiwan. |
| perlombongan teks | text mining | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses mengekstrak dan menemukan pola yang bermakna sebagai maklumat atau pengetahuan yang berguna daripada set data berbentuk teks bagi melaksanakan tugas seperti pengelasan, pengecaman dan pengelompokan. Proses ini melibatkan prapemprosesan dengan menggunakan teknik pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk mengubah data teks tidak berstruktur seperti dokumen elektronik, media sosial dan e-mel kepada maklumat berstruktur untuk tugas selanjutnya. Sebagai contoh, output daripada perlombongan teks dari korpus berita ekonomi ialah pola atau model yang boleh digunakan untuk meramal turun naik harga saham sesebuah syarikat. Lihat juga perlombongan data. |