| Adco process (compost) | proses Adco (kompos) | Pertanian | Tiada | Tiada |
| vermicompost | vermikompos | Pertanian | Agroteknologi | Bahan organik yang terhasil daripada proses atau aktiviti mikrob dan cacing tanah ke atas bahan organik mentah seperti sisa pertanian. Contohnya, aktiviti mikrob ke atas jerami padi yang baru dituai akan menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses reputan ini tamat, sebahagiannya akan dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai tahi cacing atau vermikas, dan sebahagian lagi terus mereput menjadi kompos. Vermikompos ini terbukti lebih baik daripada kompos. Selain faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermikas yang terdiri daripada agregat-agregat kecil dapat membaiki struktur tanah. Vermikas ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat di dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok. Vermikas juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok. |
| batch composting | pengomposan kelompok | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah membuat kompos yang dilakukan dengan mencampurkan semua bahan sekali gus dan dibiarkan untuk pengomposan. Tiada bahan lain ditambahkan kecuali air sehingga proses pengomposan telah sempurna. Kaedah ini berbeza dengan pengomposan berterusan yang melibatkan penambahan bahan dari semasa ke semasa. Kelebihan kaedah pengomposan kelompok ialah kesemua bahan akan menjadi kompos serentak dalam satu tempoh masa. Kaedah ini sesuai untuk pembuatan kompos dalam skala yang besar. |
| design for compostability | reka bentuk boleh kompos | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses yang dicipta untuk memudahkan pereputan sisa organik. |
| rot | reput | Pertanian | Agronomi | Proses kerosakan biokimia disebabkan oleh mikroorganisma atau keadaan semula jadi yang berlaku kepada sesuatu organisma atau organ yang melalui proses kemusnahan, kemudian menjadi hancur. Contohnya, batang getah atau kelapa sawit yang telah ditebang dan dibiarkan akan reput dimakan anai-anai, kemudian hancur. Proses pereputan juga penting dalam penyediaan kompos dan pelupusan pokok yang ditebang seperti kelapa sawit. |
| biogenic waste | sisa biogenik | Pertanian | Agroteknologi | Sisa yang terhasil daripada tumbuhan atau haiwan atau daripada sesuatu proses biologi. Sisa biogenik boleh digunakan sebagai kompos setelah dirawat. Sisa ini banyak digunakan sebagai bahan kitar semula dan tidak dilupuskan. |