Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah yg berdinding batu-bata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Rumah batu pintu ke laut,
     Indah terbina di pinggir jalan;
Kerana senyum banyak terpaut,
     Ingin hati hendak berkenalan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domu de janasdomu de janasSejarahTiadaBentuk batu kubur berbilik yang banyak terdapat di kawasan pulau Sardinia, memberi makna 'rumah pari-pari' yang mempunyai bilik yang bersambung pada zaman Tembaga dan zaman awal Gangsa.
fireplacependiangPentadbiran PerniagaanTiadaTempat memanaskan badan berbentuk empat segi di dalam dinding rumah atau bilik yang dikelilingi dengan batu bata atau logam untuk meletak api atau memasak.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.
barrowmonggokArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKawasan perkuburan yang keadaan fizikalnya berbentuk bulat atau memanjang hasil timbunan tanah berbentuk seperti bukit. Kawasan ini biasanya dikelilingi parit. Di kawasan ini, terdapat kubur antaranya kubur keping batu, kuburan berkembar atau rumah kubur. Terdapat enam ciri monggok iaitu berbentuk mangkuk, loceng, leper, kolam, piring dan memanjang. Taburannya berkembang luas di Eropah, dan budaya ini diamalkan semasa zaman Roman, Anglo-Saxon dan Viking.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
firewoodkayu bakarPerhutananPengurusan HutanKayu bulat atau kayu belah yang dipotong pendek dan digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan di rumah atau dalam industri seperti batu bata, mengawet tembakar atau perusahaan tembikar. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu getah, kayu bakau dan juga kayu reja dari kilang papan.
durabilitydaya tahanLandskapTiadaKeupayaan suatu bahan atau struktur terhadap tekanan persekitaran seperti masa dan kegunaan. Contohnya, batu mempunyai daya tahan lebih lama daripada kayu dan struktur yang dibina di kawasan rumah lebih tahan lama daripada kawasan awam.
cemeteryperkuburanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak atau tempat bagi mengebumikan mayat. Tapak perkuburan terdiri daripada perkuburan terpencil, iaitu daripada lubang-lubang cetek sehingga kepada binaan batu kasar yang besar dan timbunan tanah. Tapai ini juga boleh dijumpai di tempat-tempat pembuangan sampah perkampungan besar, iaitu di bawah lantai rumah atau jauh dari tempat kediaman. Terdapat perkuburan yang dikategorikan mengikut jantina dan status sosial seperti perkuburan di Malaysia. Contohnya, di Gua Cha (Kelantan).
clay brickbata tanah liatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanah berlumpur yang dibakar atau dibiarkan mengeras di bawah cahaya matahari. Bata tanah liat digunakan untuk membuat rumah, kota, candi dan arca. Penggunaannya amat meluas pada zaman protosejarah sehingga zaman sejarah. Bata tanah liat yang digunakan untuk membuat candi akan dibentuk mengikut kehendak pembuat sama ada persegi empat, berteres atau miring pada satu sisi. Pada zaman Jawa Timur iaitu selepas abad 10M, candi dibina menggunakan bata tanah liat. Contohnya, batu tanah liat yang digunakan untuk membina candi Tapak 19, 21 dan 22 di Lembah Bujang (Kedah)..
partitionsekatanKesenianSeni BinaDinding yang memisahkan bilik atau membahagikan ruang. Dinding pembahagi ruang biasanya tidak menanggung beban, dan ketinggiannya adalah pelbagai dan boleh mencapai sehingga ke aras siling. Dinding sekatan ini boleh dibina daripada panel keluli, batu bata atau blok dari tanah liat, konkrit tetulang atau blok kaca. Kayu juga sering digunakan sebagai sekatan terutamanya pada dinding dalaman rumah Melayu tradisional.
12

Kembali ke atas