Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restriction in interestsekatan kepentinganUndang-undangTiadaTiada
absolute ownershipmilik mutlakinsuransTiadaPemilikan ini wujud apabila kepentingan atau hak pemilikan nyata insured bebas daripada segala batasan, sekatan dan syarat-syarat sehinggakan ianya tidak boleh diambil daripada insured tersebut tanpa persetujuannya.
absolute ownershippemilikan mutlakPentadbiran PerniagaanTiadaPemilikan ini wujud apabila kepentingan atau hak pemilikan nyata insured bebas daripada segala batasan, sekatan dan syarat-syarat sehinggakan ianya tidak boleh diambil daripada insured tersebut tanpa persetujuannya.
regional arrangementaturan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau.
pluralismFaham majmukSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme.
political willkemahuan politikSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik.
participatory democracydemokrasi penyertaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang menggambarkan penyertaan awam yang tinggi dalam politik. Parti politik, goIongan pendesak, media, pelajar dan individu amnya bergiat aktif, sensitif dan peka terhadap pemerintahan negara. Mereka bersaing dalam mempengaruhi dasar dengan melakukan tindakan seperti melobi, mendesak, menggunakan media, menulis surat kepada wakil rakyat atau pejabat kerajaan, menganjurkan piket atau demonstrasi secara aman dan pelbagai tindakan lain dalam memperjuangkan hak dan memelihara kepentingan mereka. Pemerintah dalam negara ini memberi ruang yang luas kepada orang ramai untuk bergiat dalam semua aktiviti. Dalam sistem ini, undang-undang dan agensi pemerintah tidak meletakkan sekatan yang tinggi kepada orang ramai. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi penyertaan ialah United Kingdom.

Kembali ke atas