Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moon illusionilusi bulanPsikologiPsikologi UmumIlusi yang membuatkan individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah membuatkan saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil.
estimated ceilingsiling teranggarMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiling yang ketinggiannya ditentukan dengan salah satu cara yang berikut: i. dengan menggunakan gambar rajah ketinggian awan olakan atau rumus takat embun. ii. berdasarkan ketinggian mercu tanda atau objek yang jaraknya melebihi satu setengah batu nautikal dari landasan lapangan terbang. iii. berdasarkan pengalaman dengan syarat langit tidak dikaburi oleh hidrometeor dan litometeor apabila panduan-panduan lain didapati tidak mencukupi atau tidak sesuai, dan iv. dengan menggunakan silometer atau lampu sorot apabila penembusan alur cahaya melebihi normal untuk ketinggian dan jenis lapisan tertentu, atau apabila sudut dongakan atau pengimbas-pengesan silometer melebihi 84 darjah.

Kembali ke atas