| corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka. |
| corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pentadbiran | Tiada | Konsep yang mengesyorkan bahawa setiap syarikat harus mengambil kita kebajikan masyarakat umumnya dalam segala tindak-tanduknya. |
| corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pentadbiran | Pengurusan | - |
| corporate social responsibility (CSR) | tanggungjawab sosial korporat (CSR) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Amalan pengurusan sesebuah syarikat yang menyepadukan usaha sosial dan alam sekitar ke dalam operasi perniagaan dan hubungan dengan pemegang kepentingan. |
| corporate communication | komunikasi korporat | Komunikasi | Korporat | 1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhid |
| reletionship management | pengurusan perhubungan | Komunikasi | Korporat | Salah satu peranan perhubungan awam dalam sesebuah organisasi. Bahagian atau individu yang terlibat dalam aktiviti perhubungan awam perlu mengesan dan mengenal pasti khalayak yang boleh memberikan kepentingan kepada organisasi. Selain itu, tujuan pengurusan perhubungan adalah untuk membina dan mengekalkan hubungan antara organisasi dan juga khalayak utama. Antara aktiviti pengurusan perhubungan adalah menyediakan sistem dan kaedah perhubungan, serta memantau keberkesanan sistem dan kaedah tersebut. Melalui aktiviti pengurusan perhubungan pendekatan untuk mengatasi sebarang masalah yang berkaitan dengan perhubungan antara organisasi dengan khalayak juga turut dikenal pasti. Antara kaedah yang digunakan untuk menyokong sistem dan proses pengurusan perhubungan ini adalah melalui perhubungan pekerja, perhubungan kemasyarakatan, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat, dan perhubungan pelanggan. Matlamat akhir pengurusan perhubungan adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara organisasi dengan khal |
| social marketing | pemasaran sosial | Komunikasi | Korporat | Program komunikasi pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mewujudkan dan mengekalkan sikap dan perlakuan positif terhadap isu sosial, seperti pengekalan nilai sosiobudaya yang murni, pemeliharaan sumber asli, dan perlindungan alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu kaedah perhubungan awam yang boleh membantu mengekalkan dan mengukuhkan citra organisasi. Aktiviti penyebaran maklumat dilakukan menggunakan pendekatan pemasaran, iaitu maklumat dan objektif dilihat sebagai suatu barangan yang perlu dipasarkan. Hasil pemasaran barangan diukur sebagai keuntungan kepada organisasi. Pemasaran sosial juga merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti pengiklanan korporat dan tanggungjawab sosial korporat organisasi. |
| reputation or image management | pengurusan citra atau reputasi | Komunikasi | Korporat | Proses perancangan dan pelaksanaan dasar, prosedur, dan strategi yang menggambarkan penglibatan organisasi terhadap tanggungjawab awam dan tanggungjawab sosial, perlakuan beretika, identiti korporat, citra korporat, dan reputasi organisasi dengan khalayak dalaman atau luaran. Proses ini dirancang dan dilaksanakan melalui amalan komunikasi korporat, seperti perhubungan media, perhubungan kemasyarakatan, pengiklanan korporat, perhubungan pekerja, pengurusan isu, pengurusan krisis, dan penjenamaan. Matlamat utama pengurusan citra atau reputasi adalah untuk mewujudkan rasa hormat khalayak terhadap organisasi dan seterusnya mengekalkan kesetiaan khalayak untuk menyokong barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi. |
| media system | sidang media | Komunikasi | Korporat | Sistem yang menunjukkan kedudukan dan amalan pelaksanaan media dalam sesebuah negara. Terdapat empat jenis sistem asas media, iaitu sistem media Soviet Komunis, autoritarian, libertarian, dan tanggungjawab sosial. Antara empat jenis sistem tersebut, terdapat sistem yang membenarkan aktiviti pengiklanan serta perhubungan awam dilaksanakan dan terdapat juga sistem yang tidak membenarkannya. Contohnya, dalam sistem media autoritarian, mungkin wujud aktiviti pengiklanan dan perhubungan tetapi pelaksanaannya terhad dan terkawal. Walau bagaimanapun, dalam sistem media libertarian, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam boleh bergerak secara bebas. Malah dari segi sejarahnya, konsep pengiklanan dan perhubungan awam wujud dan berkembang dalam sistem libertarian. Dalam sistem tanggungjawab sosial pula, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam juga wujud serta berkembang tetapi tertakluk kepada etika dan peraturan yang dibentuk bagi mengawal kepentingan khalayak atau pengguna. |
| ethical practice | amalan beretika | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Penerapan nilai etika terhadap tingkah laku organisasi dalam semua aspek seperti tadbir urus korporat, amalan pekerjaan, hubungan pemegang kepentingan, amalan perakaunan dan tanggungjawab korporat. |