| Renewable Energy Certificates (RECs) | Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECs) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Dokumen pengesahan yang menyatakan sesuatu organisasi atau syarikat telah menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. |
| variable renewable energy (VRE) | tenaga boleh diperbaharui tak tetap (VRE) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sumber tenaga boleh diperbaharui yang terhad mengikut fenomena semula jadi seperti tenaga suria dan tenaga angin. |
| bioenergy crop | tanaman biotenaga | STEM | Tiada | Tumbuhan yang ditanam khusus untuk dijadikan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti bahan api dan biogas. Contohnya, kelapa sawit, jagung dan tebu. |
| renewable energy consumption | penggunaan tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Nisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar. |
| green hydrogen | hidrogen hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Hidrogen yang terhasil melalui proses elektrolisis air dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui. |
| renewable energy | tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro. |
| valuation | penilaian | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses menentukan sumbangan setiap unit operasi atau proses ke atas jumlah pelepasan setiap bahan atau butiran yang dipilih. Contohnya, penilaian yang dilakukan terhadap tenaga boleh diperbaharui dan bangunan hijau. |
| Feed-in Approval Holders (FIAH) | Pemegang Kelulusan Galakan (FIAH) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Individu atau syarikat yang memiliki sijil kelulusan galakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemegang layak untuk menjual tenaga boleh diperbaharui pada kadar tarif galakan. |
| renewable resource | sumber boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim. |
| sustainable energy | tenaga mampan | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui. |