Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UndangUndang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international legal orderaturan undang-undang antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSistem yang memperuntukkan peraturan perundangan bagi mengawal selia segala hubungan antara subjek undangundang antarabangsa, terutamanya negara. Aturan undangundang antarabangsa mencakupi segenap bidang hubungan antarabangsa seperti politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan hak asasi manusia.
mistake of lawkesilapan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai perkara yang melibatkan isu undangundang. Di kebanyakan negara, kesilapan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan atau pembelaan oleh tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan undang-undang juga boleh dirujuk sebagai kesilapan seseorang untuk memahami bagaimana sesuatu undangundang terpakai kepada tindakannya yang dibicarakan di mahkamah. Contohnya, seorang penempur yang hanya mengenali palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang pembeza, telah menembak seseorang yang memakai lambang kristal merah yang juga merupakan lambang pembeza. Dalam hal ini, penempur yang mensasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza dianggap telah melakukan jenayah. Lihat juga lambang pembeza.
legal capacitykapasiti undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSatu konsep yang meletakkan keupayaan kepada sesuatu entiti perundangan yang mempunyai personaliti undangundang untuk menjadi pemegang hak dan obligasi di sisi undang-undang. Dalam hal ini, sesuatu entiti perundangan yang merangkumi individu, syarikat atau negara boleh bertindak atau melakukan sesuatu berkaitan hak dan kewajipannya. Kapasiti undang-undang memberikan kuasa kepada entiti perundangan untuk melaksanakan satu transaksi, mengekalkan sesuatu status atau hubungan dengan pihak lain serta mewujudkan, mengubah atau menamatkan sesuatu hubungan undang-undang. Dalam konteks undangundang domestik contohnya, seseorang lelaki yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kapasiti undangundang untuk berkahwin. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kapasiti undang-undang dimiliki oleh entity perundangan antarabangsa khususnya negara dan pertubuhan antarabangsa. Contohnya, sesebuah negara yang mempunyai kapasiti undang-undang boleh membuat perjanjian dengan sebuah negara yang lain.
legal measurelangkah undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaRancangan atau tindakan yang diambil untuk mencapai tujuan undang-undang tertentu. Dalam konteks undangundang domestik, langkah undang-undang boleh diambil oleh pihak eksekutif seperti dasar atau polisi, atau oleh pihak legislatif seperti Akta Parlimen, atau pihak mahkamah seperti keputusan mahkamah. Dalam konteks undangundang antarabangsa, contoh langkah undang-undang ialah perjanjian antarabangsa dan perisytiharan yang dibuat oleh negara-negara.
act of public enemiesperbuatan musuh masyarakatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh kumpulan individu, yang dianggap oleh undangundang antarabangsa sebagai musuh masyarakat. Walau bagaimanapun, penentuan siapakah musuh masyarakat menjadi perdebatan terutamanya dalam konteks perbezaan politik tentang definisi keganasan antarabangsa. Kuasa Barat mahu menetapkan persoalan siapakah musuh masyarakat berdasarkan fakta khusus sesuatu kes yang berbeza daripada yang lain, sedangkan dunia membangun mahu mengikat hegemoni kuasa Barat kepada suatu definisi undangundang yang tetap. Satu definisi undang-undang akan mempertingkatkan keberkesanan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan dan berfungsi sebagai batasan kepada unilateralisme kuasa Barat.
homicidehomisidUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPembunuhan terhadap manusia yang menyalahi undangundang melalui sesuatu perbuatan yang disertai dengan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan pada tubuh yang berkemungkinan akan mengakibatkan kematian. Seseorang yang melakukan jenayah homisid boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahannya.
International Law Commission (ILC))Suruhanjaya Undang-Undang AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSuruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen
refugeperlindunganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTempat yang selamat daripada bahaya atau kekacauan. Undang-undang pelarian adalah satu cabang undangundang antarabangsa yang memperkatakan tentang hak dan perlindungan pelarian. Undang-undang pelarian juga berkait dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
military insignialencana tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLambang yang menentukan pangkat, cabang ketenteraan dan negara seseorang anggota tentera. Dalam konteks undangundang kemanusiaan antarabangsa, pemakaian lencana tentera sangat penting bagi melaksanakan prinsip pembezaan yang memisahkan penempur daripada orang awam.
acquiescenceakur siratanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan yang dilakukan secara tersirat dan tidak secara nyata, iaitu apabila sesebuah negara atau subjek undangundang antarabangsa tidak melakukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara lain. Persetujuan seumpama ini boleh memberi kesan tertentu, seperti menghilangkan hak yang dinikmati oleh pihak yang tidak membantah. Contohnya, sebuah negara yang tidak membuat bantahan terhadap tindakan negara penceroboh yang menduduki wilayahnya akan menyebabkan negara tersebut akhirnya kehilangan hak ke atas wilayah berkenaan.
12345

Kembali ke atas