| legal interpretation | tafsiran undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses menentukan maksud sebenar sesuatu dokumen bertulis seperti perlembagaan, statut, kontrak atau wasiat. Tafsiran sesuatu dokumen perundangan adalah penting dalam proses perundangan. Tafsiran undang-undang digunakan apabila sesuatu maksud dokumen perundangan perlu dinyatakan. Tafsiran undang-undang boleh memperincikan hak dan tanggungjawab pihak atau orang yang dinyatakan dalam dokumen perundangan tersebut. Dalam konteks undangundang antarabangsa, tafsiran undang-undang digunakan terhadap triti, perjanjian konsesi antara negara dan pelabur asing, dan ketetapan pertubuhan antarabangsa seperti resolusi Majlis Keselamatan PBB. |
| legal obligation | kewajipan undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Segala jenis tanggungjawab undang-undang atau liabiliti. Dalam maksud yang asal, kewajipan undang-undang lebih merujuk kepada tanggungjawab untuk menyelesaikan keberhutangan wang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen bertulis yang dimeterai. Kini, kewajipan undangundang digunakan sebagai rujukan kepada perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh sumpah, kontrak atau undang-undang. Ia merujuk kepada tanggungjawab undang-undang dan tanggungjawab moral yang boleh memberikan tekanan kepada seseorang untuk melaksanakannya atau dihukum kerana cuai melaksanakannya. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kewajipan undang-undang boleh lahir daripada triti yang disertai atau undang-undang adat antarabangsa. Contoh kewajipan undang-undang antarabangsa ialah kewajipan untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap negara lain dan kewajipan untuk tidak mencederakan rakyat negara lain. Mana-mana negara yang melanggar kewajipan undang-undang mempunyai kewajipan undang-undang untuk me |