| beg kata (BoW) | bag of word (BoW) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Model perwakilan teks yang memerihalkan bilangan kemunculan sesuatu kata dalam sesuatu dokumen teks. Model ini tidak mengambil kira sebarang maklumat berkaitan dengan susunan atau struktur kata tersebut tetapi hanya tertumpu pada kewujudan kata yang dikenali dan bilangannya. Sebagai contoh, dalam tiga ayat (i) �Afie makan nasi ayam� (ii) � Faiq makan nasi goreng ayam� (iii) �Afie suka makan nasi�. Jadi 7 patah kata dikenalpasti iaitu (afie, makan, nasi, ayam, faiq, goreng, suka) menjadikan BoW ayat (i) adalah (1,1,1,1,0,0) , ayat (ii) adalah (0,1,1,1,1,1) dan BoW bagi ayat (iii) adalah (1,1,1,0,0,0,1). Permodelan BoW ini digunakan dalam capaian semula maklumat dan alkhwarizmi pembelajaran mesin. Contoh ayat: (i) Afie makan nasi ayam (ii) Faiq makan nasi goreng ayam (iii) Afie suka makan nasi Hasil: Afie makan nasi Ayam Faiq goreng suka Ayat 1 1 1 1 1 0 0 |
| gingham check | genggang dam | Kesenian | Tiada | Corak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah adalah 1",1/2", 1/8" dan 1/16". |
| joule | joule | Kejuruteraan | Tiada | Unit SI untuk mengukur kerja, tenaga atau haba. 1 joule adalah 1 newton-meter. |
| Kronecker delta | delta Kronecker | Kejuruteraan | Tiada | Rangkap bagi dua pemboleh ubah i dan j, yang ditentukan mempunyai nilai sifar kecuali jika i = j apabila nilainya adalah 1. |
| monic polynomial | polinomial monik | Matematik | Tiada | Suatu polinomial yang pekalinya adalah integer, pekali bagi sebutan darjah tertinggi adalah + 1. |
| centipoise (cp) | sentipoise | Kejuruteraan | Petroleum | Unit kelikatan yang bersamaan dengan 1 gram per sentimeter-saat. Kelikatan air pada 20 darjah celsius adalah 1.005 sentipoise. (1 sentipoise = 0.000672 paun/kaki-saat). |
| broadband | jalur lebar | Teknologi Maklumat | Tiada | Muatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps. |
| mile square | persegi batu | Geografi | Tiada | Grid atau petak segi empat di peta yang menunjukkan satu unit di peta menggambarkan satu batu di tanah dan keluasan grid petak adalah 1 unit 2 iaitu 1 batu 2 di tanah. |
| electron volt | volt elektron | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Unit tenaga yang sama dengan tenaga yang diperolehi oleh elektron apabila melintasi perbezaan keupayaan 1 volt di dalam vakum. Nilai tenaga tersebut adalah (1.602192 ± 0.000007) x 10-19 volt. Simbol; eV. |
| magnetic quantum number | nombor kuantum magnet | Farmasi | Tiada | Interger yang menandakan medan magnet yang dihasilkan oleh momentum suatu elektron di dalam atom. Simbolnya adalah m, yang bernilai daripada + 1 ke 1. Apabila nombor kuantum n=2, nombor kuantum magnet m adalah 1, 0 atau 1. Bd. nombor kuantum . |