| golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
| golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
| fruit juice syrup | sirap jus buah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air minuman daripada air gula dengan campuran air perahan buah-buahan atau buah-buahan yang dikisar. |
| stock syrup | sirap kaldu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada gula pasir yang dimasak bersama 850g air sejuk dengan konsistensi cair untuk melembapkan kepingan kek sebelum disalut dengan aising. |
| glycerol | gliserol | Perubatan | Tiada | Cecair bak sirap yang tidak berbau dan tidak berwarna, larut di dalam air dan alkohol dan tidak larut di dalam eter, benzena dan kloroform. |
| glycerine | gliserin | Farmasi | Tiada | Cecair seperti sirap, tidak berwarna, jernih, berasa manis, tidak berbau, larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, benzena dan kloroform. Berguna sebagai bahan pelincir. gliserol. |
| glycerol | gliserol | Kimia | Biokimia | Cecair bak sirap yang tidak mempunyai bau dan warna, mempunyai rasa manis, larut di dalam air dan alkohol dan tidak larut di dalam eter, benzena dan kloroform. Sebatian ini terbentuk sebagai bahan sampingan dalam pembuatan sabun atau terhasil daripada pengisomeran propilena oksida kepada alkohol alil, penghidrogenan karbohidrat dengan mangkin nikel, dan sebagainya. |
| pectin | pektin | Kimia | Tiada | Polisakarida kompleks yang diperoleh daripada buah dan tumbuhan. Ciri utama pektin ialah keupayaannya menjadi seperti agar-agar pada suhu bilik. Pektin yang diekstrak berbentuk serbuk putih atau pati sirap, larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik. Pektin lazimnya diperoleh daripada pengekstrakan bahagian dalaman kulit buah sitrus dengan asid cair. Sebatian ini digunakan sebagai koloid pelindung, agen pengemulsi, agen pendehidrat dan dalam perusahaan bahan makanan, bahan kosmetik dan bahan ubat. |
| sucrose | sukrosa | Kimia | Tiada | Gula disakarida, formula C12H22O11, berbentuk hablur putih, keras, kering, manis, larut di dalam air dan larut sedikit di dalam alkohol. Sukrosa merupakan disakarida yang terbentuk daripada satu unit glukosa dan satu unit fruktosa. Sebatian ini diperoleh daripada tebu dan bit gula. Sukrosa digunakan sebagai pemanis makanan dan minuman, dan untuk membuat sirap, manisan, jem, karamel, dan bahan farmasi. |