Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang turun (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Orang mengail ikan gelama,
     Turun ribut datanglah takut;
Air surut kapal hilir sama,
     Air pasang ia tersangkut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lower low water datumdatum air surut rendahSains MarinTiadaPenghampiran kepada purata air surut rendah yang digunakan sebagai datum pasang surut untuk kawasan yang terhad dan kekal untuk jangka masa yang tidak terhad. Istilah ini juga digunakan dalam bidang kejuruteraan awam dalam sungai dan pelabuhan.
riparianriparianPerikananTiadaBerkaitan dengan kawasan tebing sungai yang akan kelihatan apabila air surut dan tenggelam apabila air pasang. Semasa air surut, hidupan yang berada di tebing akan kelihatan dan hidupan tersebut merupakan hak milik tuan tanah. Tuan tanah mempunyai hak untuk menangkap, memelihara atau memancing ikan, atau menyewakan kawasan tebing tersebut kepada pihak lain.
ocean floordasar lautanSains MarinTiadaKawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber.
low waterair surutGeologiTiadaTiada
low waterair surutSukanTiadaTiada
low waterair surutPerikananTiadaTiada
low waterair surutGeografiTiadaTiada
falling tideair surutGeografiTiadaTiada
low waterair surutKejuruteraanTiadaTiada
low water springair surut perbaniSukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas