| Al-Quds (Jerusalem) Committee | Jawatankuasa Baitulmuqaddis | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun. |
| bai‘ dain | bai‘ dain/jual beli hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli sekuriti hutang, hasil daripada aktiviti perniagaan kredit yang selaras dengan syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil dan al-murabahah. Jual beli ini mempunyai risiko kegagalan yang rendah. Sekuriti hutang yang berasal daripada pinjaman wang tidak dibenarkan untuk mengelakkan riba. Contohnya, pihak bank membeli sekuriti hutang yang akan matang dalam tempoh 3 bulan, bernilai RM20,000 daripada pelanggan dengan membayar harga tunai terdiskaun RM19,000 terhadap sekuriti hutang itu. |
| tulang daing | tulang daing | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae, dan juga nama lain bagi genus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jenerek, urat rusa, dan kayu rindu, di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia al-biflora, M. atropurpurea, dan M.vasta. Gubal kayu kayu daing sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat jingga dan kadangkal mempunyai zon parenkima yang berwarna lebih muda. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima, dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar dikerjakan, tidak tahan, dan mudah diserang kulat dan serangga. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan dalaman, perabot, dan kotak. |
| mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
| referral | rujukan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan mengemukakan sesuatu situasi untuk tindakan lanjut. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, sesebuah negara pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Majlis Keselamatan PBB boleh merujuk suatu situasi jenayah antarabangsa kepada pendakwa. Dengan rujukan tersebut, pendakwa boleh memulakan siasatan. Contohnya, pada 2005, Majlis Keselamatan telah merujuk situasi di Darfur, Sudan kepada pendakwa. Ia berasaskan kepada laporan Suruhanjaya Inkuiri Antarabangsa tentang Darfur yang mempunyai sebab untuk percaya bahawa jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang telah dilakukan. Hasil siasatan pendakwa, Kamar Prabicara mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir. |