| nature | semula jadi; keadaaan; alam semula jadi; alam; tabiat; tabii; hakikat; alamiah | Biologi | Tiada | 1. Keadaan atau alam semula jadi.,2. Jumlah pewarisan, genatip sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengaruh sekitaran atau sekitaran.,3. Tabiat, alam, alamiah. |
| nature conservation | pemeliharaan alam semula jadi | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Perlindungan kepada sumber alam semula jadi seperti air, tanah, udara, hidupan liar dan hutan. |
| natural event | acara alam semula jadi | Pelancongan | Tiada | Program yang bertemakan persekitaran alam semula jadi, seperti menyaksikan penghijrahan burung di Port Dickson pada masa tertentu. |
| nature-based tourism | pelancongan berasaskan alam semula jadi | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang melibatkan aktiviti berkaitan dengan alam semula jadi, seperti perkhemahan di dalam hutan, memerhati burung atau menjelajah gua. |
| dependencies (on nature) | kebergantungan (alam semula jadi) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Keadaan individu atau organisasi yang bergantung kepada alam semula jadi dan perkhidmatan ekosistem untuk berfungsi. |
| pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
| environmental terrorism | keganasan alam sekitar | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan memusnahkan atau merosakkan sumber alam semula jadi yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini termasuk juga menghalang penggunaan sumber alam semula jadi tersebut. Antara sebab perbuatan ini dilakukan adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi, kepentingan pihak tertentu atau korporat. |
| organic | organik | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang berkaitan dengan hubungan antara bangunan dengan iklim yang mengambil ilham daripada alam semula jadi. Dalam seni bina, penggunaan unsur organik menggalakkan keharmonian antara kediaman manusia dengan alam semula jadi melalui pendekatan reka bentuk yang bersepadu dengan persekitaran, dan menjadikannya komposisi yang saling berkaitan. Reka bentuk bangunan yang menggunakan pendekatan organik mengambil unsur-unsur daripada tumbuh-tumbuhan seperti rupa bentuk dan sifatnya. Lihat juga seni bina organik. |
| nature | semula jadi; keadaaan; alam semula jadi; alam; tabiat; tabii; hakikat; alamiah | Fizik | Tiada | Tiada |
| nature | semula jadi; keadaaan; alam semula jadi; alam; tabiat; tabii; hakikat; alamiah | Geografi | Tiada | Tiada |