| alert (piping) | awas (arahan) | Pelayaran | Tiada | Pemberitahuan untuk bersedia menghadapi kecemasan. |
| alert | cergas | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| alert | peka | Jururawat | Tiada | Keadaan sensitif kepada persekitaran dan mengambil tindakan yang sesuai. |
| alert | amaran | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Maklumat atau permohonan untuk tindak balas serta-merta yang diberikan kepada pengguna pada suatu keadaan tertentu, sama ada diingini atau tidak diingini. Amaran boleh dalam pelbagai bentuk, seperti paparan atau isyarat. Amaran terhasil sekiranya terdapat ralat atau keadaan yang tidak mengizinkan. Contohnya, apabila sistem diserang virus, isyarat amaran akan terhasil. |
| radar alert | awasan radar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tindakan mengawas aktiviti dagangan untuk melihat pola dagangan yang luar biasa yang mungkin menunjukkan percubaan ambil alih. |
| radar alert | awasan radar | Ekonomi | Tiada | Tiada |
| spoiler alert | bocoran awal | Kesusasteraan | Tiada | Pendedahan maklumat penting terhadap perkembangan plot yang dibocorkan sebelum tiba masanya. Ini biasanya berlaku dalam perbincangan ulasan bagi filem, buku, drama televisyen dan sebagainya yang boleh mengurangkan kejutan atau ketegangan bagi penonton atau pembaca kali pertama. |
| safety alert | amaran keselamatan | Pengurusan | Tiada | Amaran keselamatan yang dikeluarkan apabila terdapat isu keselamatan atau kemalangan untuk tindakan bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. |
| information alert | amaran maklumat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pelaporan yang kena pada masanya dan mungkin menunjukkan berlakunya peristiwa sekuriti nuklear yang memerlukan penilaian. Amaran maklumat ini datang daripada pelbagai sumber seperti aduan awam, maklumat operasi dan risikan, pemeriksaan kesihatan, ketidakselarasan perakaunan dan pengirim/penerima, dan pemantauan sempadan. |