Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai.kan] | اندايکن

Definisi : misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reductio ad absurdumreductio ad absurdumMatematikTiadaKaedah pembuktian melalui percanggahan. Kaedah ini bermula dengan andaian bahawa apa yang hendak dibuktikan itu adalah palsu, akhirnya didapati sesuatu yang sudah diketahui memang palsu. Contoh: “Buktikan nombor tak nisbah”. Andaikan yang sebaliknya, iaitu ialah nombor nisbah. Maka dapat ditulis sebagai nisbah dengan p dan q dua integer positif tanpa pembahagi sepunya selain 1. Akhirnya, melalui langkah-langkah yang sah, didapati p dan q mempunyai 2 sebagai pembahagi sepunya dan ini merupakan satu percanggahan.
frekuensi istilah-frekuensi dokumen songsang (TF-IDF)term frequency-inverse document frequency (TF-IDF)Kecerdasan BuatanKomunikasiUkuran berangka yang menentukan kepentingan sesuatu perkataan dalam sesebuah dokumen secara relatif berbanding keseluruhan koleksi dokumen (korpus). TF-IDF menggabungkan dua metrik, iaitu frekuensi istilah (TF) yang mengukur kekerapan sesuatu istilah muncul dalam dokumen, dan frekuensi dokumen songsang (IDF) yang menilai kepentingan relatif istilah merentasi dokumen dalam korpus. TF yang tinggi menunjukkan istilah itu kerap digunakan dalam dokumen, manakala IDF yang tinggi menunjukkan istilah tersebut jarang muncul merentasi dokumen, lalu dianggap lebih berguna untuk membezakan kandungan dokumen. Sebagai contoh, andaikan sebuah dokumen mengandungi 250 istilah. Perkataan �saya�, �yang� dan �sedap� masing-masing muncul sebanyak 4, 10 dan 3 kali. Oleh itu, nilai TF bagi �saya� ialah 4/250 dan bagi �yang� ialah 10/250. IDF pula mengukur kepentingan relatif sesuatu istilah merentasi koleksi dokumen. Nilai IDF dikira menggunakan logaritma bilangan keseluruhan dokumen dibahagikan dengan bilangan

Kembali ke atas