| dual control | kawalan dual | Aeroangkasa | Tiada | Dua set kawalan yang dihubungkan antara satu sama lain yang membolehkan pengendalian secara bersama.,Tambahan daya seret yang disebabkan oleh pemesongan semasa membuat trim.,Dua set kawalan yang dihubungkan antara satu sama lain yang membolehkan pengendalian secara bersama. |
| double galaxy | galaksi berpasang | Matematik | Tiada | Sepasang galaksi yang terletak berhampiran di antara satu sama lain. Galaksi ini terbahagi kepada dua jenis pasangan fizikal dan pasangan optik. Pasangan fizikal adalah pasangan yang hampir dari segi ruang dan dipercayai beredar mengelilingi satu pusat jisim yang sama, manakala pasangan optik terletak berjauhan antara satu sama lain tetapi kelihatan seperti dekat kerana ia berada sejajar dengan garis penglihatan kita. |
| relative | saudara; relatif | Kesusasteraan | Tiada | Yang berhubungan antara satu sama lain. |
| chain verse | rangkap berkait | Kesusasteraan | Puisi | Hubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya. |
| collaborative intelligence tools | alat kecerdasan kolaboratif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola. |
| ankyloblepharon | ankiloblefaron | Perubatan | Tiada | Pelekatan pinggir kelopak mata antara satu sama lain. |
| monomer | monomer | Kejuruteraan | Polimer | Molekul kecil yang bergabung antara satu sama lain untuk membentuk polimer. |
| cenospecies | senospesies | Biologi | Genetik | Kumpulan spesies yang boleh membiak antara satu sama lain, tetapi menghasilkan hibrid yang kurang subur. |
| opposite angle | sudut bertentangan | Matematik | Tiada | Sudut-sudut yang bertentangan antara satu sama lain dalam suatu bentuk geometri. |
| diastasemia | diastasemia | Perubatan | Tiada | Pemisahan juzuk-juzuk sel darah merah antara satu sama lain. |