| art for art's sake | seni untuk seni | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
| Art Deco | Art Deco | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni yang bermula dari tahun 1920-an yang diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan bahan sintetik seperti plastik. Gaya seni ini bermotifkan corak geometri dan menggunakan warna terang dan jelas. Gaya Art Deco dianggap sebagai gaya yang berwawasan dan termasuk dalam gaya moden. Contoh bangunan yang bercirikan gaya Art Deco ialah puncak menara bangunan Chrysler, yang dibina antara tahun 1928-1930. Di Malaysia, contoh bangunan yang mempunyai ciri Art Deco ialah Bangunan Institute Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. |
| Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turu |
| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni halus dan seni gunaan yang bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bercirikan motif garis arus berombak, berunsurkan objek alam dan menggunakan warna semula jadi. Gaya ini diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan fabrik. Gaya Art Nouveau lebih banyak menggunakan bahan-bahan baharu seperti kaca dan kurang menggunakan bahan daripada besi. Contoh bangunan yang mempunyai gaya Art Nouveau ialah bangunan gereja Sagrada Familia di Barcelona, Sepanyol yang direka oleh Antoni Gaudi. |
| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan, seni bina dan reka bentuk dekoratif terkemuka yang berkembang di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat antara tahun 1890 dan 1910. Gaya ini mengetengahkan reka bentuk atau idea pereka, yang menggabungkan unsur seni bina dan reka bentuk perabot bagi menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Art Nouveau juga bertujuan memodenkan reka bentuk dengan menampilkan kelainan tersendiri. |
| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Tiada | Gaya dekoratif yang popular pada tahun 1890an yang bercirikan alunan tumbuhan yang menjalar, binatang dan rupa yang mendatar. |
| art delaine | art delaine | Kesenian | Tiada | Tiada |
| art proof | pruf art | Komunikasi | Tiada | Tiada |
| art paper | kertas art | Komunikasi | Tiada | Tiada |
| art proof | pruf art | Komunikasi | Tiada | Tiada |