| phosphoric acid polymerization | pempolimeran asid fosforik | Kejuruteraan | Tiada | Proses yang menggunakan mangkin asid fosforik untuk menukarkan propilena, butilena atau kedua-duanya menjadi polimer petrokimia atau petrol. |
| dihydrate dicalcium phosphate | dikalsium fosfat dihidrat | Perubatan | Tiada | Garam asid fosforik yang terbentuk selepas punaran enamel dengan asid fosforik dan boleh bertindak dengan larutan fluorida untuk menghasilkan fluorapatit. |
| poliprotic electrode | elektrolit poliprotik | Farmasi | Tiada | Sebatian yang berupaya untuk menderma dua proton atau lebih. Contohnya, asid sulfurik dan asid fosforik. Asid polibes. |
| phospholipid | fosfolipid | Herba | Fitokimia | Sebatian ester bagi asid fosforik. Terdapat dua jenis fosfolipid, iaitu fosfogliserida dan sfingolipid. Fosfogliserida berkait rapat dengan lemak dan minyak kerana mengandungi gliserol yang terjalin melalui ikatan ester kepada dua unit asid lemak dan satu unit asid fosforik. Fosfogliserida yang penting ialah lesitin dan sefalin. Lipid ini merupakan komponen utama dalam membran sel haiwan dan tumbuhan. Dalam sel membran, fosfogliserida membentuk dwilapisan lipid yang menjadi pengadang laluan keluar dan masuk yang berkesan kepada ion dan komponen berkutub yang lain. Oleh itu, fosfolipid berupaya membentuk liposom yang berpotensi sebagai sistem penghantaran drug. Sfingolipid pula ialah lipid yang mengandungi sfingosina atau sebatian dihidroksiamina yang berkaitan dalam rantai induknya. Sfingolipid juga ialah komponen dalam membran sel tumbuhan dan haiwan. |
| phosphoric acid | asid fosforik | Geologi | Tiada | 1. Hablur lutsinar yang larut di dalam air dan melebur pada suhu 42oC. |
| phosphoric acid | asid fosforik | Kimia | Tiada | Tiada |
| phosphoric acid | asid fosforik | Perubatan | Tiada | Tiada |
| phosphare | fosfat | Kimia | Tiada | Garam atau ester asid fosforik. Fosfat merangkumi ortofosfat, M3PO4, pirofosfat, M4P2O7, metafosfat, MPO3, dan polifosfat yang lain (M ialah logam yang bernombor pengoksidaan +1). |
| galactoside | galaktosida | Kimia | Tiada | Sekumpulan bahan yang tidak mengandungi asid fosforik tetapi menghasilkan galaktosa sebagai salah satu hasil hidrolisis. |
| nucleotide | nukleotida | Biologi | Genetik | Molekul yang terdiri daripada gula pentosa, asid fosforik dan bes bernitrogen; gula pentosa pada RNA ialah ribosa manakala DNA mengandungi gula 2-deoksiribosa. Nukleotida boleh mengandungi satu (contohnya, adenosina monofosfat), dua (contohnya, uridina difosfat) atau tiga (contohnya, sitosina trifosfat) kumpulan fosfat pada carbon 5� gula pentosa; pada DNA, bes bernitrogennya terdiri daripada salah satu adenina, timina, sitosina atau guanina; pada RNA, bes bernitrogennya terdiri daripada salah satu adenina, timina, sitosina atau guanina; pada RNA, terdapat bes yang sama kecuali timina yang diganti oleh urasil. |