Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas angin

Puisi
 

Tiup-tiup angin di atas,
     Hendak memetik tali kecapi;
Jongnya lilin layarnya kertas,
     Hendak menempuh lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti abu di atas tunggul,
     datang angin terbanglah dia.

Bermaksud :

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rent-seekinguntung atas anginEkonomiTiadaTindakan mengembangkan kekayaan sedia ada dengan memanipulasi persekitaran sosial atau politik tanpa mencipta kekayaan baru.
flying interestkepentingan atas anginPenilaian Harta TanahTiadaTiada
suspensionampaianPertanianTiadaPergerakan jarak jauh zarah tanah, biasanya bersaiz <0.1 mm garis pusat , seperti berterbangan di atas angin setinggi > 15sm.
saltationpeloncatan; rayap lompatPertanianTiadadalam air atau angin yang melantun atau melambung setinggi tidak lebih dari 15sm, dalam air dasar sungai atau atas angin di permukaan tanah.
Krakatao windsangin KarakataoMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timuran di kawasan tropika pada altitud kira-kira 18 km hingga 24 km. Angin ini bertiup di atas angin antipasat, dasarnya berada pada kira-kira 2 km di atas tropopaus dengan ketebalan sekurang-kurangnya 6 km, dan lebih nyata pada hemisfera musim panas. Nama ini diberikan sempena letupan gunung berapi Krakatao (6� S, 105� T) pada 1883 yang menghasilkan debu gunung berapi yang dibawa ke seluruh dunia.
equatorial easterliesangin timuran khatulistiwaSainsHidrometeorologiAngin pasat diahemisfera musim panas, yang menganjur ke atas sekurang-kurangnya sehingga ke altitud 8 - 10 km dan umumnya tidak diliputi angin baratan atas. Sekiranya angin baratan atas wujud, maka angin pasat menjadi terlalu lemah dan nipis untuk mempengaruhi cuaca. Di hemisfera musim sejuk, angin timuran ini terhad kepada jalur sempit sepanjang khatulistiwa.
pilot ballon observationpencerapan belon dugaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPencerapan angin atas, iaitu penentuan halaju dan arah angin di atmosfera di atas stesen. pencerapan dilakukan dengan membaca sudut ketinggian dan azimut teodolit semasa menjejak belon duga secara visual.
upper windangin atasGeografiTiadaTiada
upper wind chartcarta angin atasGeografiTiadaTiada
radarsonderadarsondMeteorologiMeteorologi PerhubunganPeralatan yang digunakan untuk menentukan angin atas, dengan menghalakan radar ke arah sasaran yang dibawa oleh belon bebas; atau suatu sistem yang menggunakan teknik radar untuk menentukan jarak, ketinggian, dan sudut azimut sasaran radar yang dibawa oleh radiosond, supaya data angin dapat diperoleh bersama dengan data meteorologi lain.
12345678910...

Kembali ke atas