Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful brokerbroker takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang menasihati bakal peserta tentang keperluan takaful dan berunding dengan syarikat pengendali takaful bagi pihak mereka secara profesional. Broker takaful bertindak bagi pihak peserta dan akan mendapat bayaran komisen. Pihak yang ingin menjadi broker takaful mesti mendapat lesen terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Takaful dan menjadi ahli persatuan broker takaful yang diiktiraf oleh kerajaan.
niyabah shar‘iyyah ikhtiyariyyahwakil syarak dengan pilihanPerniagaan IslamTiadaWakil yang dilantik untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak pewakil. Wakil dan pewakil mempunyai pilihan untuk menerima pewakilan. Wakil yang dilantik mempunyai kelayakan untuk berakad dalam urus niaga bagi pihak pewakil.
on behalfbagi pihak (b.p.)EkonomiTiadaTiada
per-pro (b.p.)bagi pihak (b.p.)EkonomiTiadaTiada
takaful mediatorperantara takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang bertindak sebagai perantara kepada bakal peserta takaful dengan syarikat pengendali takaful. Perantara takaful terdiri daripada broker takaful yang bertindak bagi pihak peserta dan ejen takaful yang bertindak bagi pihak syarikat pengendali. Perantara takaful bertanggungjawab menjelaskan kepada bakal peserta tentang sebarang hubungannya dengan syarikat pengendali takaful bagi memastikan kepentingan peserta itu terjamin.
الإستنابةminta wakilAgama IslamFiqhMeminta wakil bagi pihak yang terlibat dalam sesuatu urusan.
cutoff hourtitik penggalanPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu penamat bagi pihak hotel menjual bilik hotel yang tidak dituntut, atau bilik yang belum sah tempahan mengikut polisi hotel.
cutoff timetitik penggalanPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu penamat bagi pihak hotel menjual bilik hotel yang tidak dituntut, atau bilik yang belum sah tempahan mengikut polisi hotel.
personapersonaKesusasteraanTiadaPencerita yang bertindak sebagai jurucakap bagi pihak pengarang. Dalam novel dan puisi naratif, pesona dikenali sebagai pencerita pertama atau pencerita �aku�. Persona juga merujuk kepada �suara� yang dapat didengar dalam puisi. Pencerita mungkin tampil sebagai watak dalam sesebuah karya fiksyen, contohnya watak Marlow dalam novel Heart of Darkness oleh Joseph Conrad. Sebagai pencerita atau jurucakap, pandangan mereka dalam cerita merujuk kepada pendirian dan perspektif pengarang. Dalam drama, persona merujuk kepada Dramatis Personae atau watak yang dilakonkan. Persona berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �topeng�.
parcel post insuranceinsurans pos bungkusanPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan bagi pihak yang diinsuranskan terhadap kerosakan atau kehilangan bungkusan ketika ianya dalam jagaan pos. Bungkusan akan diinsuranskan oleh jabatan pos itu sendiri atau dibeli daripada syarikat insurans.
12345678910...

Kembali ke atas