Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa melayu

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dialectal Malaybahasa Melayu dialekLinguistikTiadaKelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah.
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)UmumTiadaKaedah belajar bahasa Melayu secara isyarat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
fifth generation language (5GL)bahasa generasi kelima (5GL)Teknologi MaklumatTiadaBahasa pengaturcaraan yang berasaskan bahasa tabii seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Hampir sama dengan bahasa pertanyaan (4GL) kecuali pengguna tidak perlu mempelajari kamus, nahu dan sintaks tertentu (seperti SELECT FROM WHERE ORDER BY ). Bahasa ini masih lagi pada tahap penyelidikan dan pembangunan. Kemungkinan contoh bahasa 5GL dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Senaraikan nama pelanggan mengikut tertib menaik yang bil telefonnya melebihi RM100.00
overcorrectionpembetulan berlebihanSosiolinguistikTiadaPenghasilan bunyi perkataan yang melebihi daripada yang sepatutnya dibunyikan dan terlebih gaya. Contohnya bunyi /t/ yang beraspirasi dalam bahasa Melayu.
orthographyortografiKesusasteraanTiadaSistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama.
demonstrative adjectivekata sifat penunjukLinguistikTiadaKata yang berfungsi sebagai kata sifat yang digunakan sebagai penentu kata nama. Contohnya, itu dan ini dalam bahasa Melayu, dan these dan those dalam bahasa Inggeris.
bayet (arabic verse)baitKesusasteraanTiada1. Syair Arab atau Parsi yang dipetik secara langsung dalam bahasa asalnya.,2. Syair Arab dan Parsi yang diberikan maknanya dalam Bahasa Melayu, tidak diambil dalam bahasa asalnya dan tidak pula dijadikan syair Melayu.,3. Rangkap-rangkap syair Melayu yang dibuat mengikut timbangan syair Arab.
pemangkasanstemmingKecerdasan BuatanKomunikasiProses dalam pemprosesan bahasa tabii yang menukarkan kata terbitan kepada bentuk akar atau asasnya dengan membuang awalan, akhiran atau imbuhan tertentu. Proses ini membantu mengurangkan variasi morfologi dan menormalkan perkataan supaya analisis teks lebih konsisten. Dalam bahasa Melayu, misalnya, kata �berlari�, �melarikan� dan �pelari� dipangkas kepada bentuk akar �lari�. Alkhwarizmi pemangkas biasanya menggunakan set peraturan untuk menghapuskan imbuhan, dan antara pemangkas yang digunakan secara meluas ialah pemangkas Porter. Lihat juga token.
mulamma�mulamma�KesusasteraanTiadaPuisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda
pengetag golongan kata (POS)part of speech (POS) taggerKecerdasan BuatanKomunikasiAlkhwarizmi dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang melabelkan golongan kata (POS) dalam ayat sesebuah teks secara automatik seperti dalam aplikasi sistem soal jawab dan analisis sentimen. Contoh golongan kata utama dalam bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sebagai contoh, bagi ayat �Keluarga saya suka berkelah di tepi pantai Merdeka�, setiap kata akan di tag secara automatik kepada kata dan tag: �keluarga = kata nama, saya = ganti nama, suka, berkelah = kata kerja, �di� = kata tugas, �tepi� = kata adjektif, pantai = kata nama, �Merdeka� = kata nama khas�. Alkhwarizmi yang sering digunakan bagi mengetag golongan kata adalah berasaskan peraturan, kaedah stokastik dan kaedah berasaskan rangkaian neural seperti Model Markov Tersembunyi (HMM), Rangkaian Memori Jangka Pendek Panjang Dwi Arah (Bi-LSTM) dan Transformer.
12345

Kembali ke atas