| Balkan nephropathy | nefropati Balkan | Perubatan | Tiada | Tiada |
| balkanization | dasar membalkan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah yang digunakan oleh ahli sejarah dan diplomat dalam hubungan antarabangsa bagi menghuraikan keadaan perpecahan dan gerakan pembebasan di wilayah Balkan. Istilah ini pada asalnya digunakan untuk menghuraikan dasar Rusia terhadap negara Balkan sekitar akhir abad ke-19. Sinonim pembalkanan. |
| bora | bora | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin timur laut yang menuruni gunung di pantai timur Adriatik. Angin ini sejuk dan selalunya sangat kering, kadangkala kencang. Ia paling kencang dan kerap berlaku pada musim sejuk, dan wujud di bahagian utara pantai apabila terdapat tekanan tinggi di Eropah dan Balkan dan tekanan rendah di Mediterranean. Sekiranya angin ini wujud akibat lekukan di Adriatik, angin ini diiringi awan gelap dan hujan atau salji. Istilah ini juga digunakan untuk angin yang sejuk dan kencang yang menuruni cerun di tempat lain di dunia. |
| ethnic cleansing | pembersihan etnik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan ganas dan ancaman yang bertujuan untuk menyingkirkan sesuatu kumpulan. Contohnya, serangan terhadap penduduk awam di sesebuah kawasan untuk mengusir mereka dari kawasan tersebut. Serangan itu dilakukan supaya dapat diwujudkan sebuah wilayah yang dihuni oleh manusia yang sama dari segi etnik, agama, budaya atau sejarah. Pembersihan etnik merupakan jenayah terhadap kemanusiaan. Istilah ini asalnya digunakan oleh pelaku dalam Peperangan Balkan. Dalam kes Karadzic, Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia menentukan kewujudan polisi pembersihan etnik berdasarkan pemisahan secara sistematik lelaki dan wanita bukan Serbia, pemenjaraan lelaki dan wanita bukan Serbia dalam pusat-pusat tahanan, pengeboman sesebuah bandar untuk mengusir penduduk bukan Serbia, dan penubuhan kem-kem yang menumpukan kepada perbuatan merogol, kehamilan paksa dan pelacuran paksa terhadap wanita-wanita bukan Serbia. |
| regional arrangement | aturan serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau. |
| civil war | perang saudara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992. |