| اللقيط | budak jumpaan | Agama Islam | Fiqh | Kanak-kanak yang dijumpai yang tidak diketahui ibu bapanya. |
| patricide | bunuh bapa sendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan oleh pelaku terhadap bapanya sendiri. |
| رواية الأبنأ عن البأ | riwayat anak | Agama Islam | Hadith | Sanad Ḥadīth yang diriwayatkan oleh anak daripada bapanya. |
| posthumous | posthumus | Sejarah | Tiada | 1. Perihal sesuatu yang berlaku selepas mati biasanya anak yang lahir selepas kematian bapanya.,2. Penulisan yang diterbitkan selepas kematian penulisnya. (SEJ) |
| filial responsibility | tanggungjawab filial | Gerontologi | Tiada | Kewajipan yang dipikul dan perlu dilaksanakan oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya. |
| ego-ideal | keunggulan ego | Psikologi | Psikologi Umum | Sikap ego yang berkait dengan identifikasi diri individu dengan ibu bapanya yang penyayang dan sentiasa menyakinkan. Ego ini merupakan tingkah laku yang disenangi atau diingini. |
| Galton�s rule | prinsip Galton | Biologi | Ekologi | Prinsip yang menyatakan bahawa seseorang atau seekor haiwan mewarisi setengah daripada ciri ibu bapanya, seperempat daripada datuk neneknya, satu perlapan daripada moyangnya dan seterusnya. Prinsip ini hanya berdasarkan pada pendekatan statistik, dan tidak pada sebarang teori biologi atau genetik. |
| founders of a pedigree | pemula salasilah | Sains Forensik | Tiada | Individu yang berada di peringkat paling atas dalam suatu salasilah yang ibu bapanya tidak dinyatakan. Maklumat tentang pemula ini adalah penting bagi pembinaan semula salasilah dalam kajian sejarah keluarga atau penyiasatan terhadap individu yang hilang. |
| castration complex | kompleks kembirian | Kesusasteraan | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan |
| latent learning | pembelajaran terpendam | Psikologi | Psikologi Umum | Proses pembelajaran yang tidak memperlihatkan tingkah laku nyata dengan segera. Contohnya, kanak-kanak yang selalu melihat bapanya mengetatkan skru almari tidak akan dengan serta merta melakukannya sehinggalah selepas beberapa tahun berlalu barulah kanak-kanak itu yang mungkin sudah remaja atau dewasa boleh mengetatkan skru almari rumahnya dengan baik. Para pengkaji mendapati sukar untuk menentukan sesuatu yang diperoleh individu semasa pembelajaran terpendam tetapi begitu pasti bahawa individu sudah dapat memahami tentang respons yang akan dilakukan akibat daripada pemerhatian tersebut. |