| Cyperus papyrus | Cyperus papyrus | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan. |
| Cyperus haspen | Cyperus haspen | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung. |
| flax | flaks | Kimia | Tiada | Tumbuhan yang batangnya digunakan untuk membuat linen dan bijinya digunakan untuk membuat minyak linsid. |
| twiner | pelilit | Botani | Tiada | Tumbuhan memanjat yang batangnya sendiri melilit pada sokongan. Contohnya, tumbuhan kacang panjang dan ubi gadung. |
| herb | herba | Herba | Pemiawaian | Tumbuhan berbiji yang batangnya lembut, tidak berkayu dan biasanya bersaiz kecil. Contohnya, kacip fatimah (Marantodes pumilum), misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan pegaga (Centella asiatica). |
| sepang (Mur.) | sepang (Mur.) | Kesenian | Tiada | Tumbuhan yang batangnya digunakan untuk menghasilkan pewarna merah bahan anyaman. Nama saintifiknya ialah Caesalpinia sappan. |
| annular nail | paku anulus | Kesenian | Tiada | Paku yang batangnya bertingkat-tingkat. |
| herb | herba | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Jenis tumbuhan yang batangnya tidak berteras. |
| broach | broc | Perubatan | Tiada | 2. Broc: Alat berduri di batangnya, digunakan untuk pengekstirpasian tisu pulpa. |
| Ficus aurantiaca | Akar tengkuk biawak | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis memanjat dalam famili Moraceae yang ini biasanya tumbuh melilit di batang pokok besar. Daunnya lebar dan hanya terdapat di bahagian hujung batang. Batangnya mempunyai stuktur menggerutu seperti kulit biawak. Sistem akarnya yang berongga mengandungi air yang boleh diminum dan digunakan sebagai ubat. Air batangnya diminum mentah untuk mengubati deman, cirit-birit dan membuang angin dalam badan. |