| bekar | bekoi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Crtpteronia spp. daripada famili Crypteroniaceae. Nama lain di Semenanjung ialah telinga badak dan di Sabah ialah rambai-rambai. Spesies utama kayu ini ialah Cryteronia griffithii dan C. Paniculata. Gubal kayunya dan teras kayu bekai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat muda dengan imbasan merah jambu atau ungu. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau agak beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan hingga sederhana berat. Kayu bekoi sesuai untuk kegunaan am. |