| transition element | unsur peralihan | Kimia | Tiada | Sekumpulan unsur logam yang mempunyai struktur elektron dalaman yang separa lengkap. Terdapat tiga siri unsur peralihan, iaitu siri yang pertama bermula dengan skandium dan berakhir dengan zink, siri yang kedua bermula dengan itrium dan berakhir dengan kadmium, dan siri yang ketiga bermula dengan lantanum dan berakhir dengan merkuri. Unsur peralihan mempunyai banyak nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan kebanyakannya membentuk kompleks. Sin. logam peralihan |
| efferent nerve | saraf eferen | Perubatan | Tiada | Saraf yang membawa impuls dari sistem saraf pusat ke struktur sasaran. Saraf eferen yang berakhir pada otot rangka disebut saraf eferen soma, manakala yang berakhir pada otot polos, otot kardium dan sel kelenjar disebut saraf autonomi. |
| musharakah muntahiyah bi tamlik | perkongsian berakhir pemilikan | Perniagaan Islam | Tiada | Pemunyaan bersama apabila salah satu pihak bersetuju melucutkan hak perkongsiannya kepada rakan kongsi melalui penjualan milik, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran mengikut syarat yang dipersetujui. Contohnya, pembiayaan awal perumahan oleh institusi kewangan sebanyak 90 peratus dan pelanggan sebanyak 10 peratus, berakhir dengan pemilikan 100 peratus oleh pelanggan mengikut syarat yang dipersetujui. Sinonim musharakah mutanaqisah. |
| terminating | berakhir | Fizik | Tiada | Tiada |
| terminating | berakhir | Kimia | Tiada | Tiada |
| terminating decimal | perpuluhan berakhir | Matematik | Tiada | Tiada |
| musharakah mutanaqisah | syarikat berakhir pemilikan | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat musharakah muntahiyah bi tamlik. |
| terminating decimal | perpuluhan berakhir | Matematik | Tiada | Nombor perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contoh: 0.123 dan 231.7023. |
| mudarabah muntahiyah bi tamlik | perkongsian mudarabah berakhir pemilikan | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan bersama antara pemodal dengan pengusaha dan salah satu pihak bersetuju mengurangkan pemilikan sehingga dimiliki sepenuhnya oleh pihak lain. Contohnya, perniagaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akhirnya peniaga memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut berserta syarat yang telah dipersetujui. |
| cecal | sekal | Perubatan | Tiada | 1. Berakhir dalam laluan buntu.,2. Berkenaan dengan sekum.,3. Berkaitan titik buta pada medan penglihatan. |