| nyiru | nyiru | Kesenian | Tiada | Bekas daripada buluh, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat, dan bingkainya beranyam tulang belut dan digunakan sebagai bekas tampi padi atau beras, hiasan dinding dan tempat jemur ikan. |
| bakul lengkung | bakul lengkung | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada buluh, berbentuk cekung, beranyam rapat, berbingkai yang beranyam tulang belut dan digunakan untuk mengisi padi, beras dan sebagainya. |
| bakul berkaki | bakul berkaki | Kesenian | Tiada | Bakul kandung berkaki daripada buluh, beranyam rapat dari tapak ke atas, berbucu empat, bertiang buluh sebagai kaki, mulut yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu, dan digunakan untuk mengisi beras atau padi. |
| tudung saji | tudung saji | Kesenian | Tiada | Alat menutup sajian daripada daun sal atau tal, berbentuk kerucut, beranyam mata punai sebagai dasar atau rangka, disisip tiga penjuru menghasilkan anyam gila, berbingkai rotan yang beranyam insang pari atau gigi yu. |
| braided loop connector | penghubung gelung beranyam | Perikanan | Tiada | Tali penghubung yang dibentuk daripada wayar logam, yang hujungnya dianyam pada badan wayar untuk membentuk satu gelung. Tali penghubung ini digunakan untuk menyambung tali utama dengan tali perambut kail. |
| togiwis Du. | togiwis Du. | Kesenian | Tiada | Tangkai beranyam pada bakul. |
| badang | badang | Kesenian | Tiada | Nyiru bulat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihiasi anyam tulang belut, dan digunakan sebagai hiasan dinding, menampi padi dan tempat jemur ikan. |
| saralom | saralom | Kesenian | Tiada | Bahagian lapisan dalam seraung yang beranyam kasar dan mudah. |
| kalung (Mur.) | kalung (Mur.) | Kesenian | Tiada | Bakul sikut daripada rotan, beranyam jarang dan satu sisinya berbentuk lidah. Lidah berfungsi sebagai penutup ketika digunakan. Kalung digunakan untuk membawa barang keras dan tajam. |
| lenjang | lenjang | Kesenian | Tiada | Bakul sikut daripada rotan, berbentuk silinder, beranyam rapat, dan digunakan untuk menyimpan dan mengangkut padi. |