Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.lo.téh] | برچلوتيه

Definisi : bercakap-cakap (dgn tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh: ia tidak bekerja tetapi ~ saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.lo.téh] | برچلوتيه

Definisi : bercakap-cakap (dgn tidak tentu hujung pangkalnya); berbual-bual kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berceloteh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bot sembangchatbotKecerdasan BuatanKomunikasiPerisian aplikasi yang direka bentuk untuk mensimulasi dan memproses perbualan manusia, sama ada bertulis atau lisan, yang membenarkan manusia berinteraksi, bersembang atau berceloteh dengan peranti digital seolah-olah berkomunikasi dengan manusia sebenar. Walaupun tidak semua bot sembang menggunakan AI, kebanyakan bot sembang moden semakin banyak menggunakan teknologi perbualan berasaskan AI seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), pembelajaran mesin, dan model bahasa besar (LLM) yang membolehkan bot sembang memahami dan menjana teks atau suara untuk berbual seperti manusia berdasarkan input yang diterima. Contoh bot sembang yang popular adalah seperti OpenAI ChatGPT, Amazon Alexa, Google Assistant Gemini dan Apple Siri. Lihat juga perbualan AI.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.

Kembali ke atas