Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.ya] | برداي

Definisi : 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.ya] | برداي

Definisi : bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaya

Peribahasa

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
streak plateplat coretanMakanan dan PemakananTeknologi MakananTeknik untuk menghitung mikrob berdaya hidup dengan mengira bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni dalam atau di atas permukaan medium agar-agar. Untuk menyediakan plat ini, medium agar-agar dimasukkan ke dalam piring petri steril dan dibiarkan beku serta kering. Inokulum dicoret pada permukaan agar-agar dengan menggunakan gelung inokulasi.
pour plateplat curahanMakanan dan PemakananTeknologi MakananTeknik untuk menghitung mikrob berdaya hidup dengan mengira bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni dalam atau atas permukaan medium agar-agar. Untuk menyediakan plat ini, inokulum dimasukkan ke dalam piring petri steril, diikuti dengan medium agar-agar yang masih cair. Campuran ini kemudiannya disebatikan, dibiarkan beku, dan dieram dalam keadaan terbalik pada suhu yang dikehendaki.
robot berdaya AIAI enabled robotsKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiRobot yang menggabungkan teknologi AI untuk meningkatkan keupayaannya. Robot ini dilengkapi dengan penderia, pemproses dan alkhwarizmi yang membolehkan robot tersebut melihat persekitaran, membuat keputusan dan berinteraksi secara autonomi atau separa autonomi. Robot berdaya AI boleh belajar daripada pengalaman, menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan melaksanakan tugas yang secara tradisinya memerlukan campur tangan manusia.
standard plate countkiraan plat standardMakanan dan PemakananTeknologi MakananKaedah yang sering digunakan untuk mengira mikrob berdaya hidup melalui hitungan langsung bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni, sama ada di dalam atau di atas permukaan plat agar-agar. Setiap sel atau koloni yang terbentuk dianggap mewakili progeni satu sel. Kaedah ini dapat memberikan beban atau bilangan sebenar sel hidup yang terdapat di dalam sesuatu makanan. Kaedah ini juga dapat menunjukkan jenis mikroorganisma yang ada, terutamanya apabila dikulturkan di atas medium pemilih yang bersesuaian.
sistem berdaya AIAI enabled systemKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiSistem komputer yang bergantung pada teknologi AI untuk melaksanakan tugas yang menyerupai kecerdasan manusia atau inspirasi-bio seperti meniru pembelajaran dan penyelesaian masalah. Contohnya, kereta swa-pandu yang menggunakan alkhwarizmi AI untuk membuat keputusan masa-nyata seperti membrek, membelok, menukar laluan dan berhenti sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Lihat juga kecerdasan buatan, sistem AI.
analitik berdaya AIAI enabled analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang menggunakan teknik AI untuk meningkatkan ketepatan, kecekapan dan kelajuan pembuatan keputusan. Contohnya, sistem pelaburan kewangan yang memilih kaunter pelaburan berdasarkan portfolio pengguna dengan menggunakan model pembelajaran mendalam. Lihat juga analitik data.
absorptiveberdaya serapFizikTiadaTiada
absorptiveberdaya serapKimiaTiadaTiada
viableberdaya hidupPerubatanTiadaBerupaya untuk hidup, terutamanya merujuk pada fetus yang telah mencapai tahap perkembangan apabila ia berkeupayaan untuk hidup di luar rahim.
nonviabletak berdaya hidupKependudukanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas