| fohn | fohn | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang kering dan panas di bahagian lindungan angin banjaran gunung. Kepanasan dan kekeringan udara tersebut adalah disebabkan pemampatan adiabatik apabila udara itu menuruni cerun gunung. Fohn yang merupakan ciri hampir semua kawasan bergunung dikaitkan dengn gerakan berskala siklon yang hanya dihasilkan apabila peredaran cukup kuat dan dalam untuk memaksakan udara merentasi banjaran gunung dalam tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun, sifat tempatan angin fohn yang tepat, banyak berbeza dan bergantung pada topografi tempatan, kekuatan aliran dasar yang merentasi gunung, jumlah kelengasan yang terkerpas di bahagain hadap angin, kiadaan sebelum fohn bermula dan sebagainya. |
| fohn | fohn | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang kering dan panas di bahagian teduh angin banjaran gunung. Kepanasan dan kekeringan udara tersebut disebabkan pemampatan adiabatik apabila udara menuruni cerun gunung. Fohn yang merupakan ciri hampir semua kawasan bergunung dikaitakan dengan gerakan berskala siklon yang hanya dihasilkan apabila peredaran cukup kuat dan dalam untuk memaksa udara merentasi banjaran gunung dalam tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun, sifat tempatan angin fohn yang tepat banyak berbeza dan bergantung pada faktor-faktor seperti topografi tempatan, kekuatan aliran dasar yang merentasi gunung, jumlah kelengasan yang terkerpas dibahagian hadapan angin dan keadaan sebelum fohn bermula. |
| catastrophic agent | agen bencana alam | Biologi | Ekologi | Agen perosak semula jadi, seperti letupan gunung berapi, banjir dan gempa bumi. Kadar kerosakan yang terjadi tidak bergantung pada saiz populasi. Sinonim faktor tidak bersandarkan ketumpatan. |
| density independent factor | faktor tak bersandar kepadatan | Perhutanan | Tiada | Agen perosak semula jadi seperti letupan gunung berapi, banjir dan gempa bumi. Kadar kerosakan yang terjadi tidak bergantung pada saiz populasi. |