| intramontane | intragunung | Geologi | Tiada | Berkaitan dengan kewujudan di dalam kawasan bergunung. |
| crescent beach | pesisir sabit | Geologi | Tiada | Pesisir yang melengkung, cekung ke arah laut, terbentuk di sepanjang pantai yang bergunung-ganang atau berbukit-bukit di pangkal teluk atau muara sungai yang memasuki teluk. |
| fohn | fohn | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang kering dan panas di bahagian teduh angin banjaran gunung. Kepanasan dan kekeringan udara tersebut disebabkan pemampatan adiabatik apabila udara menuruni cerun gunung. Fohn yang merupakan ciri hampir semua kawasan bergunung dikaitakan dengan gerakan berskala siklon yang hanya dihasilkan apabila peredaran cukup kuat dan dalam untuk memaksa udara merentasi banjaran gunung dalam tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun, sifat tempatan angin fohn yang tepat banyak berbeza dan bergantung pada faktor-faktor seperti topografi tempatan, kekuatan aliran dasar yang merentasi gunung, jumlah kelengasan yang terkerpas dibahagian hadapan angin dan keadaan sebelum fohn bermula. |
| fohn | fohn | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang kering dan panas di bahagian lindungan angin banjaran gunung. Kepanasan dan kekeringan udara tersebut adalah disebabkan pemampatan adiabatik apabila udara itu menuruni cerun gunung. Fohn yang merupakan ciri hampir semua kawasan bergunung dikaitkan dengn gerakan berskala siklon yang hanya dihasilkan apabila peredaran cukup kuat dan dalam untuk memaksakan udara merentasi banjaran gunung dalam tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun, sifat tempatan angin fohn yang tepat, banyak berbeza dan bergantung pada topografi tempatan, kekuatan aliran dasar yang merentasi gunung, jumlah kelengasan yang terkerpas di bahagain hadap angin, kiadaan sebelum fohn bermula dan sebagainya. |