| patch pocket | kocek tampal | Kesenian | Tiada | berpenutup atau tanpa penutup. |
| autoclave | autoklaf | Kimia | Tiada | Bekas berdinding tebal, berpenutup, diperbuat daripada aluminium atau keluli tahan karat, dan mempunyai alat pengawal tekanan dan penyukat suhu. Autoklaf digunakan untuk penyediaan bahan kimia daripada bahan tindak balas yang dipanaskan melebihi takat didih bahan tersebut dan dikenakan tekanan. Autoklaf juga digunakan untuk mensterilkan alatan perubatan. |
| consumer watt unit | unit watt pengguna | Teknik | Elektrik | Kotak fius yang biasanya berpenutup daripada kayu atau logam, dan mengandungi deretan fius litar akhir atau pemutus litar model kecil bersama suis dua kutub. Unit ini digunakan untuk mengawal keseluruhan pemasangan kecil yang menggunakan fasa tunggal dan untuk pembahagian litar akhir yang dapat disediakannya; misalnya fius litar akhir enam hala bererti terdapat enam litar akhir yang mampu dibawanya. Sinonim unit pengguna. |
| hopper | palung kotak makanan; corong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bekas berbentuk piramid dan berpenutup di atasnya, digunakan untuk menerima benda pos di bahagian pengisihan. |
| rombong | rombong | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada pandan atau mengkuang, berbucu lapan, pelbagai saiz, berpenutup sarung yang sama bentuk dengan badan dan digunakan untuk menyimpan padi dan peralatan jahitan. |
| skylight | jendela langit | Kejuruteraan | Tiada | 3. Jendela langit: Rangka yang dipasang di bukaan geladak dan berpenutup kaca bertujuan untuk kemasukan cahaya dan udara ke ruangan bawah. |
| duct | salur | Teknik | Elektrik | 1. Tiub logam panjang dengan keratan rentasnya berbentuk segi empat bujur tanpa berpenutup di hujungnya. Tiub ini merupakan tempat laluan kabel yang biasanya dipasang tersembunyi dalam tanah atau lantai. Salur digunakan dalam pendawaian kerana salur dapat menyediakan pendawaian walaupun kedudukan alat sebenar belum diketahui, mudah diubah/ditambah litar tanpa perlu memecah simen penutupnya, kemas dan teratur. Biasanya salur digunakan untuk pendawaian seperti di makmal, dan pejabat. Nama lainnya ialah salur bawah lantai. 2. Laluan pengaliran udara untuk penyejukan mesin elektrik atau bilik, dalam sistem penyaman udara. |
| desiccator | alat pengering | Kimia | Tiada | Radas makmal yang digunakan untuk mengeringkan atau memastikan pepejal sentiasa kering. Alat ini terdiri daripada balang berpenutup yang mengandungi bahan higroskopik, seperti kalsium oksida atau gel silika. |
| cable make-up | tokokan kabel | Teknik | Elektrik | Binaan lapisan di luar kabel, iaitu susunan lapisan penebat selepas teras pengalir hingga ke bahagian luar kabel. Misalnya, lapisan penebat PVC, perlapisan PVC berpenutup, perisai dawai besi, dan akhirnya lapisan PVC. |