| basal metabolic rate (BMR) | kadar metabolisme asas (KMA) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kadar penggunaan tenaga untuk proses metabolisme badan dalam keadaan tertentu seperti setelah berpuasa selama 12 jam dan tidur yang mencukupi, tanpa sebarang aktiviti fizikal atau peningkatan emosi, dan dalam situasi yang selesa. Kadar metabolisme asas dikira berdasarkan formula, kilo kalori per kilogram berat badan per jam (kkal/m2/jam). |
| basal metabolism rate | kadar metabolik asas | Veterinar | Tiada | Kadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh ternakan dalam keadaan rehat sepenuhnya. Kadar ini hendaklah diukur semasa ternakan tersebut dalam keadaan rehat sepenuhnya, berada dalam keadaan termoneutral dan telah berpuasa selama 12 jam. Kadar ini dinyatakan sebagai unit kJ/ W 0.75. KJ ialah kilojoule dan W ialah berat tubuh. |
| basal matabolic rate (BMR) | kadar metabolisme asas | Perubatan | Tiada | Kadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya. Kadar ini hendaklah diukur semasa individu berkenaan duduk bersandar dan tidak tidur, berada dalam keadaan suhu sekitaran yang serupa dengan suhu tubuh (susu normal tubuh) individu tersebut, dan telah berpuasa selama 12 jam. Kadar ini dinyatakan dalam unit kalori/jam/meter persegi permukaan tubuh. Gangguan fungsi kelenjar tiroid mungkin mengubah kadar tersebut. |