Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rangkaian berseteru generatif (GAN)generative adversarial network (GAN)Kecerdasan BuatanPembelajaranSeni bina rangkaian berseteru khusus yang dihasilkan oleh Ian J. Goodfellow dan rakan-rakan. Rangkaian berseteru generatif terdiri daripada dua rangkaian iaitu rangkaian generatif dan rangkaian diskriminator. Rangkaian generatif berfungsi sebagai penyerang dengan menjana data sintetik yang seakan data sebenar manakala rangkaian diskriminator berfungsi sebagai pertahanan yang akan cuba membezakan mana satu data sebenar dan palsu. Keupayaan khusus GAN boleh menghasilkan data imej, teks dan pelbagai media lain yang realistik.
rangkaian berseteruadversarial networkKecerdasan BuatanPembelajaranSubbidang kajian pembelajaran berseteru yang melibatkan dua rangkaian yang dilatih untuk bertindak secara berlawanan. Satu rangkaian berperanan menyerang dengan menjana atau mengubah suai data input, manakala rangkaian yang satu lagi bertahan dengan meningkatkan keupayaan pengelas untuk membezakan antara data palsu dan data sebenar. Pendekatan ini digunakan untuk menilai dan memperkukuh ketahanan model pembelajaran mesin terhadap serangan berseteru. Lihat juga pembelajaran mesin berseteru.
pembelajaran mesin berseteruadversarial machine learningKecerdasan BuatanPembelajaranKaedah pembelajaran mesin yang menggunakan teknik serangan dan pertahanan model. Teknik serangan merujuk kepada cubaan seteru untuk memanipulasi atau memperdaya model tersebut. Sebagai contoh, model pembelajaran mesin terdedah kepada serangan seperti pengubahsuaian kecil pada input model semasa proses pengujian yang menyebabkan salah pengelasan. Manakala, teknik pertahanan akan menambah baik model bagi menangkis serangan seteru.
hostile-neglectful parentsibu bapa berseteru-cuaiPsikologiTiadaTiada
model generatifgenerative modelKecerdasan BuatanPembelajaranModel pembelajaran mesin atau model statistik yang mempelajari corak data sedia ada dalam data latihan bagi mencipta data baharu yang serupa dengan corak data latihan. Model generatif digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuk penglihatan komputer, pemprosesan bahasa tabii, dan seni generatif seperti dalam aplikasi GenAI. Contoh model generatif ialah rangkaian berseteru generatif (GAN) dan Penjanaan Autoenkoder Variasi (VAE).

Kembali ke atas