Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taup] | برتاءوڤ

Definisi : 1. menjadi rapat (benda yg renggang), bertemu rapat (bibir dll): matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit; 2. melekat menjadi satu, berlekatan: tangkai-tangkai stamen itu ~ bagi membentuk salur stamen; ® taut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taup] | برتاءوڤ

Definisi : menjadi rapat antara satu dgn yg lain: Matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit. Lukanya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taup
Kata Terbitan : bertaup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cell fusionpertaupan selBioteknologiTiadaTeknik yang digunakan untuk membolehkan sel atau protoplas bertaup. Lazimnya sel berpasangan dan mengakibatkan pembentukan sel baru yang tunggal. Sekiranya sel serasi secara genetik, nukleus juga akan bertaup dan hibrid sel yang hidup diperoleh. Pertaupan sel berlaku secara semula jadi semasa pembiakan seks apabila dua gamet bertaup membentuk zigot.
bentback occlusiontaupan condong belakangSainsHidrometeorologiPerenggan bertaup yang arah gerakannya telah terbalik kerana kejadian siklon baru (selalu terjadi di titik pertaupan) atau kadang kala kerana penganjakan siklon lama di sepanjang perenggan. Gerakan perenggan bertaup adalah ke barat dan/atau ke selatan di belakang perenggan sejuk yang berkaitan.
double fertilizationpersenyawaan ganda duaBiologiGenetikPersenyawaan yang berlaku dalam tumbuhan, iaitu apabila satu nukleus sperma bertaup dengan nukleus telur untuk membentuk zigot diploid dan satu lagi nukleus bertaup dengan nukleus polar untuk membentuk nukleus endosperma triploid.
epiphysisepifisisBiologiHistologi dan Sitologi1. Bahagian atau cuaran tulang yang terbentuk daripada pusat pengosan yang berlainan, kemudian bertaup dengan tulang. 2. Sejenis tulang kasar yang bertaup pada alveolus rahang dan bersambung dengan rotula pada landak laut. 3. Cuaran pada tibia serangga. 4. Karunkel yang berhampiran dengan hilum biji. 5. Organ pineal atau parapineal.
breakage and reunion modelmodel putus dan bertaupBioteknologiTiadaModel yang menerangkan cara rekombinan genetik yang melibatkan pemutusan dua molekul DNA ganda dua pada titik berpadanan dan diikuti oleh pertaupan semula.
network chainrantai rangkaianKejuruteraanPolimerRantai polimer yang bertaup dan berpaut antara satu sama lain.
occludedtemu-perengganGeografiTiadaPerihal dua gerakan bendalir yang bertembung dan bertaup.
endomixisendomiksisBiologiGenetikProses persenyawaan sendiri apabila sperma dan telur nukleus daripada individu yang sama bertaup.
gametgametBiologiMikologiSel haploid yang terlibat dalam pembiakan seks. Dalam pembiakan seks ini, dua gamet bertaup untuk membentuk zigot.
combinatorial joiningpenyambungan penggabunganBiologiGenetikSatu kes dalam penyusunan semula gen apabila segmen V, J dan C bertaup secara rawak untuk menghasilkan variasi besar pada molekul antibodi....
12

Kembali ke atas