Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.nang] | برتنڠ

Definisi : mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.nang] | برتنڠ

Definisi : berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooling-off periodtempoh bertenangEkonomiTiada1. Jangka waktu bagi melewatkan mogok atau lain-lain tindakan perusahaan seperti dalam peruntukan undang-undang buruh.
cooling-off periodtempoh bertenangEkonomiTiadaTiada
cooling-off periodtempoh bertenangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
serial killerpembunuh bersiriKriminologiKeadilan JenayahOrang yang lazimnya membunuh tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuh ini biasanya mempunyai masalah psikologi.
serial murderpembunuhan bersiriKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang menyebabkan kematian tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuhan ini biasanya disebabkan oleh masalah psikologi pelaku.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.

Kembali ke atas