| specific surface | permukaan tentu | Kejuruteraan | Tiada | Permukaan zarah dalam satu unit isi padu bahan. Lebih kecil saiz zarah, maka lebih besarlah permukaan tentunya. |
| bureaucratic leader | pemimpin birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya. |