| thermal decay time | masa reput terma | Kejuruteraan | Petroleum | Masa yang diambil oleh sekumpulan neutron untuk memupus sehingga bilangannya merosot ke 1/e (37 peratus) daripada jumlah bilangannya yang asal. Masa ini diukur dalam unit mikrosaat. |
| endangered species | spesies terancam | Perikanan | Tiada | Spesies flora dan fauna yang bilangannya terlalu kecil sehingga diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi melampau atau kemusnahan habitat. Senarai spesies terancam dikeluarkan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Contoh spesies yang terancam ialah penyu belimbing, ikan kelisa dan terumbu karang. |
| chylomicron | kilomikron | Biologi | Histologi dan Sitologi | Butir lemak kecil yang begitu banyak bilangannya di dalam darah semasa proses penghadaman lemak. |
| Bloch band | jalur Bloch | Kejuruteraan | Tiada | Set aras tenaga berasingan tetapi rapat yang bilangannya sama dengan nombor atom. |
| chromosome | kromosom | Perubatan | Tiada | 2. Salah satu daripada jasad yang berwarna terang apabila diwarnai, bilangannya malar bagi sel somatik suatu spesies, terbentuk daripada kromatin yang berpisah sendiri semasa mitosis dan meiosis, terutamanya terdiri daripada DNA dan protein asas, dan mempunyai gen dalam susunan linear. |
| supplementary ship | kapal tambahan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kapal yang dilengkapi peralatan meteorologi yang terhad bilangannya. |
| viscosity index | indeks kelikatan | Kejuruteraan | Petroleum | Indeks yang menjunjukan kadar perubahan kelikatan terhadap perubahan suhu. Bilangannya bermula daripada sifar, iaitu yang dirujuk kepada minyak naftena Gulf Coast hingga seratus, iaitu yang menunjuk kepada minyak Pennsylvania berparafin tinggi. Minyak yang mempunyai indeks kelikatan seratus menunjukkan minyak tersebut tidak cenderung untuk menjadi likat pada suhu rendah. |
| bulk mailing | pengeposan pukal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengeposan yang banyak terdiri daripada kiriman yang sama jenis bilangannya lebih daripada yang ditentukan oleh setiap pentadbiran pos. |
| bulk posting | pengeposan pukal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengeposan yang banyak terdiri daripada kiriman yang sama jenis yang bilangannya lebih daripada yang ditentukan oleh setiap pentadbiran pos. |
| chromatic aberration | aberasi kromosom | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sebarang kejanggalan yang berlaku pada kromosom, baik pada struktur mahupun bilangannya. Proses yang menyebabkan berlakunya aberasi ini ialah kecacatan, translokasi, songsangan, polipploidi, aneruploidi dan lain-lain. |