| basal metabolic rate | kadar metabolisme asas | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kadar penggunaan tenaga yang tersimpan dalam tubuh apabila seseorang berada dalam keadaan rehat sepenuhnya pada suhu bilik sederhana dan selepas 12 � 14 jam makan. Tenaga ini diperlukan untuk mengekalkan denyutan jantung, pernafasan, suhu badan dan ketegangan otot. Kadar metabolisme asas berkaitan dengan luas permukaan dan berbeza mengikut umur dan jantina. Dalam amalan klinikal, kadar metabolisme asas dinyatakan dalam kkal/m2/jam. |