| alkhwarizmi berinspirasi-Bio | Bio-inspired algorithms | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi yang direka bentuk dengan mengambil inspirasi daripada hukum alam yang berasaskan prinsip biologi dengan mensimulasi kelakuan organisma biologi, menterjemah kepada model matematik dan pseudokod. Terdapat 2 kategori utama alkhwarizmi berinspirasi-Bio, iaitu alkhwarizmi berasaskan evolusi atau alkhwarizmi berasaskan kelakuan kerumunan, yang digunakan dalam masalah pengoptimuman dan pembelajaran mesin. Contohnya, alkhwarizmi genetik, pengoptimuman kerumunan zarah dan alkhwarizmi kelawar. |
| bio-tower | biomenara | Kejuruteraan | Tiada | Peranti terus tetesan dalam yang terdiri daripada bahantara modular ringan yang dibentuk dengan mengimpal kepingan polivinil klorida rata dengan polivinil klorida beralun secara berselang-seli. |
| bio-aeration | biopengudaraan | Kejuruteraan | Tiada | Penambahan udara ke dalam loji biologi dalam sistem olah kumbahan bagi membolehkan tindak balas mikroorganisma berlaku. |
| bio-based value chain | rantaian nilai bioasas | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Jalinan aktiviti dalam produk dan perkhidmatan berasaskan sumber flora dan fauna yang melibatkan keseluruhan rantaian nilai merangkumi semua peringkat penyelidikan, penghasilan, pengedaran, penggunaan dan pelupusan. |
| Bio Savart law | hukum Bio Savart | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| alkhwarizmi genetik | genetic algorithm | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang meniru proses evolusi biologi kromosom dengan menggunakan kaedah secara pilihan, pindah silang dan mutasi untuk menghasilkan kromosom yang baru. Alkhwarizmi genetik ini bermula dengan menjana populasi awal secara rawak dan berevolusi menggunakan kaedah tersebut bagi menghasilkan generasi baru seperti penjanaan set genetik baru. Proses ini berulang sehingga menghasilkan penyelesaian terbaik. Lihat juga alkhwarizmi berevolusi dan alkhwarizmi berinspirasi-Bio. |
| floret | floret (BIO; hiasan cetak | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
| pengoptimuman kerumunan zarah (PSO) | particle swarm optimization (PSO) | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang meniru tingkah laku mencari makanan haiwan berkawanan seperti burung, ikan dan semut. Sebagai contoh, pemerhatian atau dapatan mengenai lokasi makanan oleh setiap ikan dikongsikan dan ditentukan mana yang terbaik dan kemudiannya kumpulan ikan itu akan menggerumuni makanan tersebut. Varian asas alkhawarizmi PSO berfungsi dengan mempunyai populasi calon-calon penyelesaian dan menyelesaikan masalah dengan mengambil calon penyelesaian terbaik. Calon penyelesaian ini dirujuk sebagai zarah yang digerakkan dalam ruang gelintaran mengikut beberapa rumus matematik. PSO diperkenalkan oleh Kennedy dan Eberhart pada 1995. Lihat juga alkhwarizmi berinspirasi-Bio. |
| alkhwarizmi berevolusi | evolution algorithms | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang diilhamkan daripada proses pemilihan semulajadi berasaskan evolusi biologi. Alkhwarizmi ini bermula dengan set populasi (keadaan atau nod) awal dan seterusnya generasi baru dijana secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan kaedah secara pilihan, pindah silang dan mutasi bagi membentuk populasi baru sehingga menghasilkan penyelesaian yang terbaik. Contohnya, alkhwarizmi genetik, strategi evolusi, pengoptimuman kerumunan zarah dan pengoptimuman koloni semut. |
| alimentary canal | kanal alimentari | Veterinar | Tiada | Salur di dalam tubuh yang menyalur, mencerna, dan menyerap makanan (UBAT, TRT, BIO. |