| biometric verification | pengesahsahihan biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses perbandingan sampel ciri fizikal pengguna dengan ciri sasaran yang ingin disahkan. Proses ini dilakukan dengan mengambil imbasan biometrik semasa dan membandingkannya dengan templat biometrik yang tersimpan dalam pelayan. |
| biometrics authentication | pengesahan biometrik | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengenalan keselamatan yang bergantung kepada ciri-ciri biologi yang unik bagi seseorang individu seperti cap jari, iris atau retina. Proses ini membandingkan data biometrik yang diperoleh dengan data yang tersimpan dalam pangkalan data untuk tujuan pengesahan. Pengesahan biometrik sering digunakan ketika seseorang individu hendak mencapai sumber digital dan fizikal seperti bangunan, bilik dan peranti yang canggih. |
| biometric security | keselamatan biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah keselamatan yang menggunakan ciri pengimbasan biometrik sebagai asas pengesahan identiti pengguna. |
| biometric | biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pengesahan identiti pengguna melalui pengimbasan dan pemadanan satu atau lebih ciri fizikal pengguna yang sukar dipalsukan. Contoh kaedah biometrik ialah pengimbasan retina, pengecaman cap jari dan pengecaman suara. |
| biometric access control | kawalan capaian biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penentuan capaian kepada suatu sistem yang diberikan kepada pengguna setelah pengesahan melalui kaedah biometrik dilakukan. |
| biometric sensor | pengesan biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti yang mengesan satu atau lebih ciri fizikal pengguna yang sukar dipalsukan dan membolehkan penyahihan identiti pengguna dilakukan. Contoh pengesan biometrik ialah alat pengimbas retina, alat pengecam cap jari, alat atau perisian pengecam suara. |
| pengecaman penutur | speaker identification | Kecerdasan Buatan | Persepsi | Proses menganalisis suara penutur menggunakan teknologi biometrik berasaskan AI bagi mengenal pasti atau mengesahkan identiti individu. Teknologi biometrik tersebut mengekstrak ciri vokal unik seperti intonasi, lenggok dan nada suara, kemudian membandingkannya dengan pangkalan data suara yang diketahui untuk mencari padanan yang sepadan. Sebagai contoh, teknik ini digunakan oleh pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengenal pasti penipu siber. |
| biometrician | ahli biometrik | Kependudukan | Tiada | Tiada |
| biometric device | peranti biometrik | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
| biometric template | templat biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sasaran ciri fizikal pengguna yang disimpan dalam pelayan komputer untuk tujuan perbandingan dengan sampel ciri fizikal pengguna yang akan diuji. |