| interview | temu bual | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan. |
| three-step interview | temu bual tiga langkah | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula. |
| retrospective interviews | temu bual restrospektif | Pendidikan | Tiada | Bentuk temu bual yang melibatkan pengkaji cuba berusaha agar responden mengimbas kembali pengalaman lepas. |
| structured interview | temu bual berstruktur | Pendidikan | Tiada | Satu temu bual yang formal iaitu penyelidik menyoal mengikut soalan yang telah disusun. |
| informal interviews | temu bual tidak formal | Pendidikan | Tiada | Temu bual yang kurang berstruktur, tidak ada urutan khusus bagi soalan yang dikemukakan tetapi lebih kepada keharmonian dalam perbualan. |
| close response interview | temu bual respons tertutup | Pendidikan | Tiada | Temu bual yang mempunyai jawapan yang boleh dipilih oleh responden. |
| semi-structured interviews | temu bual separa berstruktur | Pendidikan | Tiada | Bentuk temu bual yang mengandungi gabungan soalan berstruktur dan soalan terbuka. |
| interview schedule | senarai soalan temu bual | Pendidikan | Tiada | Soalan yang tersedia untuk ditanyakan dalam temu bual. |
| interviewing behaviour | tingkah laku penemu bual | Pendidikan | Tiada | Jangkaan tingkah laku yang wujud pada setiap penemu bual. |
| open ended question | soalan terbuka | Pendidikan | Tiada | Butir-butiran temu bual yang membolehkan orang yang ditemu bual memberi jawapan atau gerak balas dalam sebarang cara. |