| artificial fibre | gentian buatan; serabut buatan | Kimia | Tiada | Gentian buatan: Gentian yang diperbuat daripada polimer berberat molekul tinggi seperti poliamida, poliester, akrilik dan poliolefin. |
| artificial intelligence | kecerdasan buatan; kecerdikan buatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| artificial fibre | gentian buatan; serabut buatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| chemotherapeutic agent | agen kemoterapi | Bioteknologi | Tiada | Sebatian kimia buatan atau separa buatan, termasuk antibiotik yang dihasilkan secara buatan, seperti terbitan penisilin yang berupaya merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Agen ini digunakan sebagai agen terapi dalam badan pesakit. |
| hemotherapeutic agent | agen kemoterapi | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Sebatian kimia buatan atau separa buatan termasuk antibiotik yang dihasilkan secara buatan, seperti terbitan penisilin yang berupaya merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Sebatian ini digunakan sebagai agen terapi dalam badan pesakit. |
| artificial selection | pemilihan buatan | Pertanian | Agronomi | Pemilihan secara sengaja yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tanaman yang mempunyai ciri diingini. Contohnya, baka padi yang moden adalah bersifat rendah dan tinggi hasilnya kerana telah melalui proses pemilihan buatan. Pemilihan buatan berbeza dengan pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Charles Darwin sebagai satu proses pemilihan yang memastikan tumbuhan yang dapat menyesuaikan dengan habitat sekeliling dapat bertahan manakala yang lain akan pupus. |
| tape lace | renda pita | Kesenian | Tiada | Renda buatan mesin atau pita buatan tangan yang membentuk corak, disambungkan dengan palang atau dijahit pada fabrik net. |
| rangkaian neural buatan (ANN) | artificial neural network (ANN)] | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Model pembelajaran mesin yang meniru sebahagian aspek struktur dan fungsi rangkaian saraf biologi manusia. ANN terdiri daripada neuron buatan yang tidak linear dan kompleks, disusun dalam lapisan serta dihubungkan melalui pautan berwajaran. Dalam proses pelatihannya, model ini mengumpulkan dan menganalisis data, melaras nilai wajaran dan menggunakan beberapa lapisan tersembunyi untuk mempelajari hubungan antara input dengan output melalui kaedah pembelajaran, pengujian dan latihan. Alkhwarizmi ANN berupaya menyelesaikan pelbagai tugas seperti pengecaman corak, pengelasan, regresi, pengecaman imej dan pertuturan. Aplikasi ANN turut digunakan dalam pelbagai bidang seperti psikologi, matematik, kejuruteraan, perubatan, pembuatan keputusan dan perniagaan. |
| AI kukuh | strong AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Konsep dalam kecerdasan buatan tentang sistem yang mempunyai kecerdasan umum buatan (AGI) seperti kebolehan mental berfikir, kesedaran tingkah laku dan berfungsi seumpama otak manusia yang sempurna. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2025 konsep ini masih di peringkat falsafah dan teori. Banding AI lemah. |
| thread lace | renda benang | Kesenian | Tiada | Renda yang diperbuat daripada gentian linen. Istilah ini adakalanya digunakan untuk membezakan antara renda buatan tangan dengan renda buatan mesin. |