| zombie learner | pelajar zombi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran. |
| etika dan falsafah | ethics and philosophy | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Subbidang teras AI yang merentas lintang kesemua bidang AI yang cakna terhadap prinsip nilai-nilai murni dan beradab dalam pembangunan, penggunaan dan sifat sistem AI. Etika AI berfokus kepada isu seperti kesaksamaan, ketelusan, privasi, kebolehjelasan, keselamatan, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban apabila sistem AI membuat keputusan yang memberi kesan kepada individu atau masyarakat. Falsafah AI mengkaji sifat, implikasi dan asas konseptual kecerdasan buatan, termasuklah persoalan tentang minda, kesedaran, agensi, pengetahuan, moraliti dan hubungan antara manusia dengan mesin. |