Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ching


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chingchingMuzikTiada

 Alat muzik traditional yang diklasifikasikan scbagai idiofon yang dipukul serentak. Ching ialah simbal kecil yang dimainkan dengan kedua-dua belah tangan dan berfungsi sebagai alat penanda masa. Ching dimainkan dalam ensembel muzik mahori dan pi phat di Thailand.

ching hsiching hsiMuzikTiada

 Lihat jing xi.

cavettocekung gua (bekas)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian pinggan antara bibir dan permukaan dasar yang mempunyai lengkung tetapi tidak begitu ketara. Ciri ini biasanya terdapat pada pinggan seramik Zaman Ming atau Ching (seramik biru putih).
chanchanMuzikTiada

 Aras metrik yang terdapat dalam muzik klasik Thai. Setiap chan dihubungkaitkan dengan tempo spesifik dan pukulan ching pada bit spesifik. Contohnya, chan dio, iaitu chan satu dikaitkan dengan tempo cepat. song chan, iaitu chan dua di­kaitkan dcngan tempo sederhana, sementara sam chan, iaitu chan tiga pula dikaitkan dengan tempo perIahan. Lihat juga pleng reuang, thao.

ya yueya yueMuzikTiada

Muzik upacara di istana China yang wujud sejak abad ke-3 sebelum Masihi. Alat muzik yang mengiringi ya yue termasuk pien chung (loceng gangsa) dan pien ching (batu), di (flut), sheng (organ mulut), zheng (ziter) dan gu (dram). Muzik ini masih dipersembahkan dalam upacara Confucius di Taiwan. Sinonim ya yueh.

yen yueyen yueMuzikTiada

Muzik hiburan di istana China yang wujud sejak abad ke-3 sebelum Masihi. Alat muzik yang digunakan dalam muzik ini termasuk pien chung (loceng gangsa) dan pien ching (batu). Di samping itu, terdapat juga pemuzik wanita yang menyanyikan lagu yen yue dengan iringan kordofon seperti pipa, dan aerofon seperti di dan sheng. Sinonim yen yueh.

pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

polychromepolikromArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiJenis hiasan pada bahagian tembikar tanah setelah selesai proses pembakaran. Hiasan polikrom bermaksud corak yang dihasilkan dengan menggunakan cat atau hematit. Cat yang digunakan lebih daripada dua warna. Tembikar ini mewakili Zaman Neolitik akhir. Di Asia Tenggara, tembikar polikrom yang terkenal ditemui di tapak Ban Ching (Thailand) manakala di Malaysia ditemui tembikar tanah tiga warna di Gua Niah (Sarawak).
menoramenoraMuzikTiada

 Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Ke­lantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri.

pinn peatpinn peatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Kemboja yang mengiringi tarian klasik dan wayang nang sbek. Alat muzik pinn peat hampir sama dengan alat muzik ensembel pi phat di Thailand. Alat pinn peat termasuklah ranat aek dan ranat thung (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). Penyanyi dalam ensembel pinn peat dikenali sebagai chamrieng. Lihat juga pi phat.

12

Kembali ke atas