| expressive murder | pembunuhan berperasaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan dengan mangsa yang didorong oleh perasaan seperti cemburu, kecewa dan marah. Kebiasaannya, pembunuhan ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan atau persediaan terlebih dahulu. Contohnya, pembunuhan yang disebabkan oleh cinta tiga segi atau kecurangan dalam perkahwinan. |
| stock situation | situasi kodi | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik. |