| white light corona | korona cahaya putih | Matematik | Tiada | Bahagian korona yang terdiri daripada korona K dan korona F yang bertindan dan korona E-nya hanya dapat dicerap pada panjang gelombang tertentu dengan bantuan kronograf Lyot di balai cerap yang tinggi tempatnya. |
| biological oxygen demand | keperluan oksigen biologi | Pertanian | Agroteknologi | Kuantiti oksigen yang diperlukan oleh organisma aerobik untuk menguraikan bahan organik di dalam air. Keperluan ini dapat menentukan kadar pencemaran air oleh bahan organik. Sekiranya kandungan BOD-nya tinggi, maka ia menunjukkan kadar pencemaran yang tinggi dan begitu juga jika sebaliknya. Faktor yang mempengaruhi proses ini ialah suhu, air dan kandungan bahan organik. Contohnya, air sungai yang jernih mengandungi BOD di bawah 1 mg/L, air yang sederhana tercemar mengandungi BOD 2-8, dan air yang terlalu tercemar ialah 20 mg/L dan ke atas. Bagi air kumbahan yang tidak dirawat, kadarnya ialah 600 mg/L BOD. Singkatan BOD. |
| invocation | scru puja | Kesusasteraan | Puisi | Permintaan, permohonan dan seruan khususnya kepada Allah subhanahu wa taala dengan tujuan mendapatkan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada-Nya supaya dijauhi daripada sebarang mara bahaya. Penggunaan seru puja ini dapat dilihat pada doa di bawah. "Pendinding" Allah kan payungku! Nabi Muhammad mimbarku! Raja Jibrail di kananku! Israfil di kiriku! Rasul Allah di hadapanku! Turun malaikat yang bcrempat! Terkunci terkancing pintu bahayaku! |
| Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
| wait order | iklan tunggu masa | Komunikasi | Korporat | Kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan. |