Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datura


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daturadaturaKimiaForensikLihat kecubung.
Datura strammoniumDatura strammoniumPerubatanTiadaTiada
Jimsom weed (Datura stramonium)kecubung (Datura stramonium)PertanianTiadaTiada
thorn apple (Datura fastuosa)kecubung (Datura fastuosa)PertanianTiadaTiada
daturakecubungKimiaForensikTumbuhan beracun daripada spesies Datura stramonium yang mengandungi 0.25% - 0.5% atropina atau alkaloid yang berkaitan. Sinonim datura Lihat juga keracunan atropina.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
semi-pendulous shapebentuk berjurai-juraiLandskapTiadaBentuk tumbuhan yang mempunyai dahan atau ranting yang berjuntai-juntai. Contohnya, Datura candida.
poisonousberacunHerbaPemiawaianSifat sesuatu bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Contoh pokok herba yang beracun ialah daun kecubung (Datura metel) dan pokok jarak (Jatropha curcas).
atropine poisoningkeracunan atropinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan atropina (formula kimia C17H23 NO3), iaitu alkaloid toksik yang diperoleh daripada spesies Alrope, Datura atau Hyoscyamus, dan digunakan dalam rawatan penyakit gastrousus, selesema, demam alergi, parkinsonisme, dan asma. Bagi kebanyakan orang, dos atropina yang melebihi 10 mg boleh menyebabkan gejala ketoksikan sederhana hingga teruk. Dos yang melebihi 50 mg pula boleh menyebabkan maut Pada dos toksik (5 mg - 10 mg atau lebih), atropina mungkin menyebabkan kulit kering, merah dan panas, mulut kering, disorientasi, halusinasi, kelakuan agresif, delirium, nadi dan pernafasan cepat, retensi urinari, kejang otot, demam, konvulsi, dan koma. Dos parah bagi kanak-kanak mungkin serendah 10 mg. Atropina melumpuhkan sistem saraf parasimpatetik dengan menyekat tindakan sel efektor asetilkolina yang dirembeskan pada saraf hujung dan juga merangsang sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah delirium, denyutan nadi cepat, dan demam. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan atau pengg
12

Kembali ke atas