| drifter | pengembara | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa tujuan. |
| hitch-hiking | pengembaraan tumpang | Pelancongan | Tiada | Aktiviti menjelajah dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
| actual departure report | laporan perlepasan sebenar | Pelancongan | Tiada | Maklumat pergerakan pengangkutan atau kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Laporan perlepasan sebenar mengandungi perincian, seperti waktu berlepas, nombor pendaftaran kenderaan dan senarai nama penumpang. |
| cabotage rights | hak kabotaj | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan kepada syarikat pengangkutan untuk beroperasi dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam negara. |
| passenger traffic manager | pengurus trafik penumpang | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pergerakan penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
| outward destination | destinasi keluar | Pelancongan | Tiada | Destinasi tujuan yang terletak di luar destinasi asal. |
| ferry mileage | batuan feri | Pelancongan | Tiada | Jarak perjalanan pengangkutan air dari destinasi asal ke destinasi yang dituju. |
| hitchhiker | pengembara tumpang | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengembara dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi tertentu. |
| fare simplification | pemudahan tambang | Pelancongan | Tiada | Kaedah pengiraan mudah bagi mengeluarkan tiket penerbangan. Contohnya, kadar tambang dari destinasi A ke destinasi B mengikut musim yang telah ditentukan oleh syarikat penerbangan. |
| skiplagging | cantas laluan | Umum | Tiada | Taktik mendapatkan tambang penerbangan lebih murah dengan membeli tiket ke destinasi lebih jauh tetapi turun di persinggahan yang merupakan destinasi sebenar sebelum tiba di destinasi akhir yang tertera pada tiket. |